View: 6405|Reply: 17
|
[Tempatan]
Dibatalkan!Penganjur tak jadi buat 'lumba race kura-kura' di Kelantan
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 21-9-2024 03:05 PM
malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 20, 2024
Penganjur Expo Kelate Event hari ini membuat keputusan untuk membatalkan acara lumba kura-kura yang dirancang mereka berlangsung pada program itu 30 Sept nanti.
Pengumuman tersebut dibuat ketika sesetengah pengguna media sosial giat menyindir, mengkritik dan menghasut maya (troll) acara berkenaan serta mengaitkannya dengan kerajaan Kelantan.
“Kami selaku penganjur memohon maaf di atas kekhilafan berkenaan cadangan penganjuran lumba race kura-kura di tapak Expo Tasek Raja (di Pasir Mas, Kelantan).
“Cadangan penganjuran ini dibatalkan dan kami memohon maaf sekali lagi atas kekhilafan pihak kami dan penganjur serta program ini tidak terlibat mana-mana agensi atau persatuan,” katanya penganjur itu dalam kenyataan di media sosial hari ini.
Terdahulu poster acara terbentuk hiburan keluarga, jualan, festival kebudayaan dan kesenian tempatan itu tular di media sosial. Acara berkenaan berlangsung sejak 13 Sept lalu dan sepatutnya berlanjutan sehingga 5 Okt ini.
Poster tersebut menguar-uarkan rancangan penganjur mengadakan perlumbaan kura-kura yang mengingatkan sesetengah orang kepada analogi Presiden PAS Abdul Hadi Awang semasa muktamar di Pahang hujung minggu lalu.
Seorang pengguna Facebook mengingatkan warganet bahawa sebelum ini pernah ada pertandingan biri-biri jangok (lawa) dan pertandingan lastik di Kelantan.
“Dan akan datang pertandingan lumba kura-kura.
“Negeriku sedang undur 50 tahun ke belakang, dengan membawa sekali mentaliti rakyatnya jauh ke tahun 1960-an dan 1970-an,” katanya.
Sementara itu penganjur turut mengumumkan pembatalan acara itu digantikan dengan pemberian 300 makanan percuma.
Acara lumba kura-kura itu pada asalnya menyediakan hadiah RM500 untuk pemenang pertama, RM300 di tempat kedua dan masing-masing RM200 dan RM100 bagi tempat ketiga dan keempat.
Ia terbuka kepada kura-kura yang mempunyai berat 1kg tetapi tidak melebihi 2kg.
Mengikut rancangan asal, kura-kura itu akan bertarung bagi jarak dua meter. Penyertaan dihadkan kepada 20 ekor sahaja.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hiburan ala lebai..gini la jadinya bila semua disekat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan kena amik contoh Ganu.
'RXJekk Members 7.0 Kelantan'. Baru kental. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan negeri serambi mekoh buat aktiviti berpaedoh. Hukaloh |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha..begitulah level Kelantan... |
|
|
|
|
|
|
|
SERAMbi....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku hairan yang kutuk lobai ini...mentality beza but aku tengok sama saja mentality global south |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa bebal sgt sek mu ni..benda bodo gini, yindon punya level je... |
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan pencinta haiwan protes ni kot.
Balapan sepanjang 2 meter jika kita ukur dalam skala kura² 1kg, jauh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pekdahnya pertandingan ni udah xde natang lain nak dipertandingkan |
|
|
|
|
|
|
|
memang terkebelakang sek2 mu ni..ore kelate tak malu ke dapat pemimpin bodow macam ni..pemimpin bodow melahirkan rakyat yang bodow |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 22-9-2024 01:33 PM
Persatuan pencinta haiwan protes ni kot.
Balapan sepanjang 2 meter jika kita ukur dalam skala kura² ...
Pengainayaan terhadap haiwan diri sndri malas nk race suh kura2 pulak yg race |
|
|
|
|
|
|
|
Yang menang hadiah wang tunai untuk lumba kura2 tu buleh kat sapa? Kura2 ka tuan kura2 |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu replied at 22-9-2024 03:54 PM
Pengainayaan terhadap haiwan diri sndri malas nk race suh kura2 pulak yg race
Hahaha..
Tapi kura2 tu reti ke berlumba ha |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun bila agaknya kura2 tu sampai ke garisan penamat..itupun kalau sampai..dah mcm menunggu stesen bas siap gamaknya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|