CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54345|Reply: 18

[Politik] PRK Mahkota: Calon PN binggung, tak tahu apa itu Gen Z ketika disoal wartawan

[Copy link]
Post time 22-9-2024 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 24-9-2024 03:59 AM



KLUANG –Tidak perlu mempersoal calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang berlatar belakangkan jurulatih.


Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana Mohamad Haizan merupakan calon paling layak dengan memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang diperlukan parti.


“Ada yang tanya kenapa letak seorang coach sebagai calon. Kalau kita letak seorang bekas guru, pramugara, jeneral atau jurutera, mesti akan tanya juga kenapa letak mereka sebagai calon.


“Apa yang penting calon kita mempunyai karektor dan peribadi yang baik, tegap, sihat dan mempunyai ciri kemelayuan dan keislamannya.


Kebetulan beliau merupakan jurulatih bola sepak yang handal,” katanya ketika berucap dalam ceramah kelompok di Taman Ehsan di sini malam tadi.


Turut hadir Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.


Saifuddin berkata, biasanya seorang jurulatih sukan seperti Mohmad Haizam mempunyai semangat juang yang tinggi, lasak dan berdisiplin.


“Saya juga bekas coach bola keranjang. Saya tahu kualiti seorang coach,” ujar beliau lagi.


Jelasnya, kebolehan Mohamad Haizan bukan sahaja mengurus pasukan sebelum ini tetap juga menjadi Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga Zon Kluang sehingga kini dan pernah menjadi Ahli Majlis Perbandaran Kluang (2021-2022).


PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.


PN mempertaruhkan Mohamad Haizan yang merupakan bekas pemain bola sepak Johor manakala BN meletakkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.


Pada PRN 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.


Hari pengundian akan berlangsung 28 September ini manakala 24 September sebagai hari undi awal.- MalaysiaGazette


PN, PN, PN, PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2024 08:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai bercakap cm pmx janji ari ni menag esok minyak turun pun tk guna juga
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
To be fair umur dia pun dah 60 manalah dia nak ikut benda2 mcm ni.  Entah2 computer pun x reti guna.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
X side mana2 parti, tapi set of soalan pon x sama. Apooooo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Rugi. Patut tackle orang muda, dahhh melepas
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 08:38 AM | Show all posts
kesian pulak tgk calon PN tu. tak nampak langsung kredibiliti dia nak jd ADUN. Adoii PN pon cari la calon yg muda sikit & education background yg ok. Janganla tangkap muat je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan : Pendidikan atau Sukan?
Calon BN : Pendidikan
Calon PN : Sukan sb sy sukan

kat situ pun boleh nampak. tak munasabah nak wakil rakyat yg pentingkan sukan daripada pendidikan (bukanlah nak kata sukan xpenting)


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 08:46 AM | Show all posts
org baya2 dia sebut z tu zek... bukannya zi.
contoh rxz sebut alejek, bukan aleji

tapi takat adun ja pun, ko letak org bagus mcm mana pun, bukannya boleh buat apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:46 AM | Show all posts
nikaido replied at 24-9-2024 08:43 AM
Soalan : Pendidikan atau Sukan?
Calon BN : Pendidikan
Calon PN : Sukan sb sy sukan

ada 2 soalan yg optionnya pendidikan
2-2 dia pilih yg lg 1 instead of pendidikan



Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:06 AM | Show all posts
tapi orang tetap pilih PN sebab diaorang nak jatuhkan anwar je..... nyampah aku pilihanraya sekarang, kes x dapat wat keluar KWSP je
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawab je semua rahasia disorok hantu tetek
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 12:05 AM | Show all posts
cam ni punya calon pun bolehhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:24 AM | Show all posts
sedihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2024 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
BINGUNG bukan BINGGUNG
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 10:03 AM | Show all posts
salam 20k ....hancuss
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi body language calon PN. Jgn la bila org interview kau gerak2 badan camtu sengih2. Mcm budak2 kena interview kat soping ctr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.723730 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list