CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6996|Reply: 0

[Sarawak] Jualan Rahmah MADANI, Jelajah Karnival KPDN diteruskan tahun depan

[Copy link]
Post time 23-9-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode


Armizan menulis harga pada papan promosi Jualan Rahmah MADANI pada Jelajah Karnival KPDN di Metrocity, hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan Program Jualan Rahmah MADANI dan Jelajah Karnival KPDN pada tahun depan.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program tersebut mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat baik daripada pengunjung di mana rakyat menikmati penjimatan 10 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran.

"Kita telah usulkan untuk Belanjawan 2025 agar program ini diteruskan tahun depan dengan jumlah peruntukan sama atau ditambah.

"Saya juga sudah umumkan di Terengganu bahawa kita akan laksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di pasar-pasar terpilih dengan mengambil kira kriteria tertentu seperti kecenderungan kenaikan harga, lokasi kawasan serta akses pengangkutan tinggi," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Jelajah Karnival KPDN Peringkat Negeri Sarawak di Metrocity di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Armizan berkata jelajah itu merupakan siri keempat daripada enam siri selepas Perlis, Kelantan, Perak dan seterusnya Sabah dan Melaka.

Objektif program tersebut katanya, adalah untuk mempromosikan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan kementerian dan agensi kepada rakyat dalam meningkatkan kefahaman terhadap hala tuju KPDN, seterusnya membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dan rakyat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengunjung yang hadir di mana setakat tengah hari ini sahaja sudah mencecah 17,000 orang.

Karnival itu turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai jabatan dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Karnival yang diadakan sempena 40 tahun pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) itu menonjolkan penyampaian perkhidmatan kementerian secara langsung kepada rakyat.

Turut diadakan sesi libat urus melalui advokasi kepenggunaan, advokasi penguatkuasaan, inisiatif-inisiatif di bawah Payung Rahmah seperti Program Jualan Rahmah MADANI, Program Menu Rahmah MADANI dan advokasi Logo Barangan Malaysia (LBM) serta perkhidmatan menarik lain yang ditawarkan oleh agensi-agensi terlibat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.063989 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list