CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14438|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan Bintulu-Jepak dijangka siap sepenuhnya Februari 2025

[Copy link]
Post time 23-9-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode


Uggah (tengah) mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak yang hampir siap hari ini.

BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak yang bakal menjadi jambatan Golden Gate ikonik San Francisco di bandar Bintulu dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun depan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata penyiapan jambatan sepanjang 1.2 kilometer merentasi muara Sungai Kemena itu dijangka memudahkan pergerakan orang awam dari pusat bandar ke Jepak seterusnya ke Lapangan Terbang Bintulu dan kawasan berdekatan.

"Saya difahamkan oleh kontraktor proses pembinaan jambatan ini berjalan lancar serta mengikut tempoh ditetapkan,"  katanya ditemui media ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak di sini hari ini.

Uggah berkata, penyiapan jambatan itu merealisasikan impian Kerajaan Sarawak khususnya rakyat di Bintulu yang sudah lama menanti pembinaan jambatan terpenting ini.
Katanya, ini menunjukkan kerajaan sememangnya komited melaksanakan apa sahaja projek pembangunan yang dapat memberi impak positif terhadap pembangunan negeri ini.

"Saya menzahirkan penghargaan kepada kontraktor yang amat komited serta bertungkus-lumus menyiapkan projek pembinaan jambatan ini walaupun pada mulanya ia tertangguh akibat pandemik COVID-19 sedikit masa lalu," jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049909 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list