CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18499|Reply: 0

[Sarawak] Bonnie Bunyau terima insentif RM500,000 daripada kerajaan Sarawak

[Copy link]
Post time 23-9-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-9-2024 08:55 AM



Abang Johari berucap pada perasmian Para SUKMA XXI 2024 di Stadium Perpaduan, malam tadi. - Gambar UKAS
KUCHING: Kerajaan Sarawak menghadiahkan RM500,000 kepada jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin atas kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Insentif tersebut diumumkan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap pada Majlis Perasmian Sukan Para SUKMA XXI 2024 di Stadium Perpaduan di sini malam tadi.

“Bonnie adalah model yang harus kita ambil contoh dan saya ucapkan tahniah kepada Bonnie kerana telah memecah rekod dunia sekali gus mengharumkan nama Malaysia dan juga Sarawak dalam sukan antarabangsa.

“Oleh itu, saya ingin menyatakan dengan sukacitanya Sarawak akan memberi hadiah RM500,000 kepada Bonnie di atas kejayaan yang telah diperolehi.

“Kita harap ini akan menjadi dorong kepada atlet muda para SUKMA untuk berlatih dengan lebih gigih supaya mendapat kejayaan di masa-masa akan datang,”
katanya.


Tun Wan Junaidi menyempurnakan perasmian Para SUKMA XXI 2024 sambil disaksikan (dari kiri) Fatimah, Abang Johari, Hannah dan Abdul Karim, malam tadi. - Gambar UKAS

Pada majlis itu, Abang Johari turut mengulangi komitmen Kerajaan Sarawak untuk turut serta dalam membangunkan sukan di seluruh Malaysia dengan kemampuan Sarawak yang ada.

Sebab itu katanya, kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menjadi penganjur bersama acara Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada 2027.

Kerajaan Sarawak juga katanya, telah menghantar atlet para SUKMA ke luar negara untuk berlatih dan pembangunan ini akan diteruskan.

“Seperti juga atlet lain, saya percaya atlet para SUKMA juga boleh memberikan kejayaan yang besar dalam pembangunan diri sendiri dan Bonnie adalah contoh.

“Kita telah menghantar atlet para SUKMA ke luar negara untuk berlatih dan kerajaan Sarawak akan teruskan untuk melatih mereka yang ada potensi,” katanya.

Abang Johari turut mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet yang mengambil bahagian dalam Para SUKMA XXI dan mendoakan mereka mendapat kejayaan dalam sukan ini.

Dalam pada itu, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir merasmikan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga menteri bertanggungjawab Para SUKMA XXI dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.566534 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list