CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21507|Reply: 0

[Sarawak] Beri imbuhan kepada atlet Para SUKMA berjaya raih pingat

[Copy link]
Post time 23-9-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode


Adam ketika ditemui pemberita semasa melawat Pusat Media Utama sempena Para SUKMA XXI Sarawak 2024 hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Setiap negeri diharap dapat memberi imbuhan kepada atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) yang berjaya meraih pingat bagi kontinjen masing-masing.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli berkata, ia sebagai pengiktirafan atas usaha dan pencapaian atlet terbabit dalam mengharumkan nama negeri di arena sukan.

Tambahan pula katanya, imbuhan untuk atlet para perlu diberikan lebih-lebih lagi mereka berdepan cabaran yang lebih sukar berbanding atlet normal.

“Sebab itu kita mesti hargai dan hayati perjuangan serta pengorbanan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa melawat Pusat Media Utama sempena Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di sini, hari ini.


Adam bersalaman mesra dengan pengamal media semasa melawat Pusat Media Utama sempena Para SUKMA XXI Sarawak 2024 hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

Dalam pada itu, Adam meminta ibu bapa menggalakkan anak OKU mereka untuk berkecimpung dalam bidang sukan.

Beliau mengakui masih ada ibu bapa yang kurang yakin atau kurang berani untuk menampilkan anak-anak OKU mereka dalam sukan.

“Tetapi sebenarnya penglibatan OKU dalam sukan, sama ada Para SUKMA atau mana-mana temasya sukan sangat membantu dalam membangunkan mereka ke arah masa depan yang terjamin.

“Contohnya, kita sudah lahirkan banyak atlet yang berjaya, yang juga datang daripada ekosistem yang sama.

“Jadi, jangan takut untuk menggalakkan anak-anak kita yang nak libatkan diri dalam sukan,” kata Adam.

Beliau turut memberitahu, kementeriannya akan sentiasa menyediakan sebanyak mungkin platform bagi membantu golongan OKU berjaya dalam bidang sukan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.065847 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list