CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35830|Reply: 0

[Tempatan] Ada iphone ada gaya:Perbezaan harga iPhone 16 di Malaysia berbanding AS dan Singapura yang lebih murah buat pembeli dalam dilemma

[Copy link]
Post time 23-9-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ramai pengguna sedang mempertimbangkan sama ada membeli iPhone 16 terbaharu di pasaran tempatan adalah pilihan kewangan yang lebih baik dengan mengambil kira turun naik nilai ringgit berbanding nilai mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura.



Sehingga 2 petang hari ini, ringgit berada pada paras yang lebih kukuh iaitu RM4.1775 berbanding dolar AS dan RM3.2406 berbanding dolar Singapura. Bagaimanapun, ini telah menyebabkan perbezaan harga yang ketara apabila membandingkan kos iPhone 16 di Malaysia dengan harga di Singapura dan juga AS.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata rakyat Malaysia yang memilih untuk membeli iPhone 16 di Singapura akan berjimat sebanyak RM1,008.98, manakala mereka yang membelinya di AS akan menikmati penjimatan yang lebih besar iaitu sebanyak RM1,153.98.

"Perbezaan ini mencerminkan kesan kadar pertukaran ringgit terhadap barangan pengguna, terutamanya barangan bernilai tinggi seperti telefon pintar.



"Di sebalik potensi penjimatan ini, ramai pengguna Malaysia mungkin masih memilih untuk membeli di pasaran tempatan memandangkan kemudahan dan akses kepada perkhidmatan pelanggan adalah lebih mudah walaupun pada kos yang lebih tinggi," jelas beliau kepada Bernama.

Bagi pasaran Malaysia, harga iPhone 16 bermula dari RM3,999 hingga RM7,999 seunit bergantung kepada saiz storan.

Harga itu termasuk cukai, duti import dan caj lain, yang menyumbang kepada peningkatan kos berbanding pasaran luar negara.

Menurut peminat iPhone Syaffiq Ashadi Saidin keputusan membeli peranti itu bergantung kepada pelbagai keadaan, seperti ada rakan yang melancong ke negara-negara tersebut, yang boleh menjadikan pembelian lebih berbaloi.

Namun, beliau berkata pengguna iPhone sedia ada mungkin akan terlepas nilai tukar beli yang besar jika mereka membeli di luar negara.

"Nilai tukar beli untuk iPhone sedia ada boleh berbeza dari RM200 hingga RM4,750, bergantung kepada jenis model dan keadaan peranti," katanya.

Syaffiq berkata beliau lebih suka membelinya di Malaysia, kerana menukar beli iPhone lamanya memberikan kelebihan kewangan bagi mengimbangi harga yang lebih tinggi, menjadikan ia lebih menarik walaupun membelinya di luar negara adalah lebih menjimatkan.

Keadaan ringgit yang melemah dalam beberapa bulan lalu menjadi punca kebimbangan, terutamanya bagi pengguna Malaysia yang ingin membeli barangan import.

Apabila nilai mata wang berubah-ubah, perbezaan harga itu berkemungkinan akan kekal sebagai pertimbangan utama bagi pembeli celik teknologi.

Perbezaan harga itu juga menimbulkan implikasi yang lebih besar terhadap kuasa beli pengguna disebabkan kekuatan mata wang, satu faktor yang amat relevan memandangkan prestasi ringgit terus menjadi tumpuan ekonomi negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.304724 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list