CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17524|Reply: 3

[Tempatan] 'Perkara nasional biarlah jadi isu nasional, kami Bangsa Johor pentingkan perpaduan'

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode
'Perkara nasional biarlah jadi isu nasional, kami Bangsa Johor pentingkan perpaduan'

https://www.bharian.com.my/berit ... l-kami-bangsa-johor

Oleh Mary Victoria Dass - September 25, 2024 @ 10:05am
[email protected]


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama barisan EXCO kerajaan negeri pada sidang media di kediaman rasmi beliau di Saujana, Johor Bahru semalam. - Foto NSTP/Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Isu nasional yang tidak relevan terutama membabitkan pemimpin di luar Johor seharusnya diselesaikan di peringkat nasional dan bukan dibawa dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu nasional dibimbangi akan menggugat keharmonian masyarakat di negeri ini.

"Kita ambil masa yang lama dan berdekad untuk bersatu dan (perpaduan yang terbina) ini boleh diruntuhkan dalam masa overnight (satu malam)," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, perbezaan pendapat membabitkan pemimpin adalah normal dalam masyarakat majmuk berbilang kaum di negara ini.

"Sebagai Bangsa Johor, kita sentiasa pentingkan perpaduan, perkara dibawa pemimpin di peringkat nasional biarlah jadi isu nasional.

"Kita di sini mempunyai visi dan hala tuju yang jelas untuk bangunkan negeri dan DUN Mahkota serta daerah Kluang," katanya.

Pemimpin luar melaga-lagakan masyarakat Johor

"Saya tengok, antara isu yang dibawa mereka yang tidak bertanggungjawab, pemimpin-pemimpin dari Selangor datang ke Johor, untuk melagakan-lagakan masyarakat di sini.

"Kita di Johor, bekerjasama baik dengan rakan-rakan daripada pihak pengimbang. Johor satu-satunya negeri yang ada pihak pengimbang," katanya.

Minggu lalu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan mencabar Onn Hafiz supaya mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri ini sekiranya BN memenangi PRK DUN Mahkota.

Azmin dilaporkan berkata, Onn Hafiz sepatutnya bersikap terbuka dan adil dalam hal itu kerana hingga kini tiada Kerajaan Perpaduan di Johor meskipun mendapat sokongan parti komponen lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 10:21 AM | Show all posts
Betul.. Isu nasional paling penting ketika ini adalah isu Global Ikhwan (GISBH)..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 10:35 AM | Show all posts
adakah johor di luar jajahan malaysia?

bahaya pendekatan Onn ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2024 09:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 1.902553 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list