CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23281|Reply: 1

[Sarawak] Pemain industri gas wajib kemuka dokumen ISO 29001 semasa pembaharuan lesen

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode


Julaihi (tiga kanan, hadapan) bersama Nur Fadhilah (kiri), Dr Hazland (kanan) dan Abdul Rahman (dua kanan) menunjukkan risalah ESG selepas majlis perasmian di Kuching, hari ini.

KUCHING: Semua pemain industri gas akan dikehendaki mengemukakan dokumen wajib iaitu pensijilan ISO 29001 sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan lesen yang akan datang pada 2026.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, langkah itu menekankan komitmen kerajaan untuk mempromosikan kecemerlangan, keselamatan dan kemampanan dalam sektor minyak dan gas.

Menurutnya, ia berfungsi sebagai isyarat jelas bahawa pematuhan kepada piawaian antarabangsa tidak boleh dirundingkan untuk semua peserta industri.

“Kita memberikan tempoh tangguh sehingga 2026 kepada pemain industri. Mereka mesti melampirkan sijil ISO 29001 apabila menyerahkan semua permohonan atau pembaharuan kepada kementerian pada 2026.

“Justeru, saya menggesa semua pemain industri gas di Sarawak untuk secara proaktif mendapatkan pensijilan ISO 29001 sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap kecemerlangan operasi dan amalan terbaik industri,” kata Julaihi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar ‘ISO 29001: Elevating Your Quality Management in Oil & Gas - Competitive Advantage' di sebuah hotel di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Julaihi berkata pensijilan ISO 29001 menunjukkan komitmen syarikat untuk melaksanakan amalan terbaik, memastikan kualiti produk dan perkhidmatan dan mengurus risiko dengan berkesan.

“Ketika kita melihat ke arah masa depan industri minyak dan gas Sarawak, adalah penting bagi semua pemain gas yang beroperasi di negeri kita mengutamakan kecemerlangan, kualiti dan kebolehpercayaan dalam operasi mereka.

“Satu langkah penting ke arah mencapai matlamat ini ialah mendapatkan pensijilan ISO 29001, piawaian diiktiraf secara global yang disesuaikan khusus untuk sektor minyak dan gas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn Bhd Nur Fadhilah Muhammad berkata ISO 29001:2020 menyediakan perniagaan rangka kerja kukuh untuk memastikan operasi berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan kawal selia sambil membina kepercayaan pelanggan.

Ia katanya, menggalakkan peningkatan baik secara berterusan, selain membantu syarikat menyesuaikan diri dengan permintaan industri.

Menurutnya juga, dengan melaksanakan ISO 29001, kecekapan operasi dan kelebihan daya saing perniagaan akan dipertingkatkan malah meletakkan mereka melebihi jangkaan industri dan piawaian global.

"Selain ISO 29001, kami juga mempromosikan dua pensijilan penting.

“Pertama, Pensijilan Sistem Pengurusan SIRIM 55 ESG membolehkan syarikat mempamerkan komitmen mereka terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), meletakkan mereka sebagai peneraju pasaran yang bertanggungjawab dan mampan.

“Kedua, pensijilan IECEx, yang penting untuk industri beroperasi dalam persekitaran berbahaya, memastikan keselamatan dan pematuhan dalam suasana berpotensi meletup. Kedua-dua pensijilan adalah penting untuk mengekalkan pematuhan dan memacu pertumbuhan yang mampan dalam industri yang berdaya saing dan terkawal hari ini,” kata Nur Fadhilah dalam ucapan pembukaannya.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Pengarah SIRIM Wilayah Sarawak Shahrizan Mohammad Sahmoni serta tetamu lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2024 10:27 AM | Show all posts
Pemain industri gas harus ikuti perkembangan terkini, patuhi standard antarabangsa: Julaihi




Julahi bercakap kepada pemberita selesai merasmikan pembukaan seminar tersebut di Kuching, hari ini.
KUCHING: Pemain industri gas harus mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi standard antarabangsa seperti ISO 29001 bagi memastikan tenaga kerja dan operasi diiktiraf di peringkat global.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata menerusi langkah tersebut juga, sektor ini akan dapat membina daya saing yang lebih kukuh di pasaran antarabangsa.

“Ia bukan sahaja akan memperkukuh kedudukan industri di peringkat dunia tetapi juga mempersiapkan tenaga kerja untuk bersaing dengan standard antarabangsa dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar ‘ISO 29001: Elevating Your Quality Management in Oil & Gas – Competitive Advantage di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas mengenai seminar tersebut, Julaihi berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pensijilan ISO 29001.

Beliau menambah, pensijilan ini bukan sahaja memastikan kualiti dan keselamatan operasi tetapi juga membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa.

Seminar anjuran SIRIM Berhad bersama SIRIM Academy dan SIRIM QAS International bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi hari ini menandakan satu peristiwa penting dalam usaha negara untuk meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan dalam sektor petroleum, petrokimia dan gas asli.

Seminar selama sehari dan menggumpulkan lebih kurang 100 profesional indusri itu bertujuan menawarkan pandangan berharga tentang kepentingan pensijilan ISO 29001 untuk pemain industri mengekalkan standard tinggi, mengurangkan risiko operasi serta memacu peningkatan berterusan.

Ini sekali gus memupuk pertumbuhan mampan dan inovasi dalam sektor minyak, gas dan petrokimia.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn Bhd Nur Fadhilah Muhammad, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Pengarah SIRIM Wilayah Sarawak Shahrizan Mohammad Sahmoni serta tetamu lain.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... ntarabangsa-julaihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066547 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list