CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11949|Reply: 0

[Sarawak] Dukung inspirasi dan wawasan Premier Sarawak

[Copy link]
Post time 26-9-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahkan hadiah kemenangan kepada Musidi sambil disaksikan tetamu yang lain.

LIMBANG: Rakyat Sarawak perlu mendukung inspirasi dan wawasan kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk  meningkatkan keilmuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada agama, bangsa, negeri dan negara.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak memberi penekanan tinggi terhadap usaha untuk melahirkan rakyat yang memiliki ilmu dan berkemahiran tinggi demi memacu Sarawak sebagai sebuah wilayah maju menjelang 2030.

“Ke arah usaha itu juga pelbagai inisiatif dilaksanakan Sarawak termasuk Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS 2030) yang komprehensif untuk memastikan Sarawak akan terus maju dan makmur.

“Justeru, kita sebagai rakyat Sarawak seharusnya mendukung inspirasi dan wawasan kepimpinan Premier Sarawak dengan meningkatkan keilmuan dan kemahiran kita dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada agama, bangsa, negeri dan negara kita,” katanya melalui teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Limbang 2024 di Dewan Suarah Limbang, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Residen Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menjelaskan, Sarawak berada pada landasan yang betul kerana umum mengetahui bahawa negeri kita terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa, warna kulit dan sebagainya.

Katanya lagi, rakyat Sarawak juga perlu sentiasa bersedia berdepan dengan cabaran arus Revolusi Perindustrian 4.0 yang begitu pantas.

Katanya, rakyat Sarawak perlu lebih berinovatif, kreatif dan terus memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi, daya saing dan jati diri, dalam membangun dan memajukan bangsa Malaysia mengikut acuan sendiri.

Jelasnya, kitab suci al-Quran yang diturunkan Allah adalah untuk mengajak dan menyeru manusia untuk membaca.

“Membaca adalah jambatan ilmu dan kerana ilmulah yang akan meningkatkan darjat dan martabat insan di dunia ini.

“Melalui ilmu, manusia dapat menguasai dan menguruskan alam dan memanfaatkan segala nikmat kurniaan-Nya untuk kemudahan dan kesejahteraan manusia sejagat,” jelas beliau.

Jelasnya, ilmu adalah penggerak dan nadi utama sesebuah tamadun manusia di dunia ini.  

“Kehebatan tamadun-tamadun tersebut semestinya terhasil daripada kemajuan ilmu yang dicapai, seperti ilmu sains, ilmu teknologi, ilmu peperangan, ilmu pembuatan senjata, ilmu pelayaran dan pelbagai ilmu lagi.

“Bertitik tolak daripada perkembangan ilmu inilah yang menjadikan tamadun-tamadun tersebut berkembang dengan hebat dan gemilang,” katanya.

Enam qari dan enam qariah turut serta dalam tilawah tahun ini mewakili Zon Sundar, Zon Lawas dan Zon Limbang.

Musidi Drahman dari Limbang dan Eza Nurumaiza Japarudin dari Lawas masing-masing memenangi kategori qari dan qariah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.427060 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list