CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14801|Reply: 0

[Tempatan] Rakyat Australia dipenjara lima tahun amang seksual fizikal remaja bawah umur

[Copy link]
Post time 26-9-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Australia dipenjara lima tahun amang seksual fizikal remaja bawah umur

https://www.bharian.com.my/berit ... izikal-remaja-bawah

Oleh Abdul Rahemang Taiming - September 26, 2024 @ 4:31pm
[email protected]


Jack Wong dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di Tawau, hari ini, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja bawah umur. - Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Lelaki warga Australia dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja bawah umur, Mei tahun lalu.

Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Jack Wong, 75, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memperolehi kerakyatan Australia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 13 tahun ketika itu di sebuah rumah di Taman Pick Yard, di sini, antara jam 7.20 pagi hingga 8 pagi pada 20 Mei tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira elemen kepentingan awam selain kesan trauma yang dialami mangsa.

Selain itu, Suhaimi turut membantah penangguhan pelaksanaan hukuman seperti yang dipohon pihak pembelaan dengan alasan warga Australia itu mempunyai risiko tinggi untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Mark Rosaidey Mohd Amin bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya dengan mengekalkan jumlah wang jaminan sebelum ini.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil dua saksi, manakala pihak pembelaan hanya memanggil seorang saksi iaitu tertuduh sendiri pada perbicaraan penuh yang bermula pada 3 Januari lalu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.402799 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list