CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34242|Reply: 0

[Tempatan] Karkas babi campur ayam

[Copy link]
Post time 26-9-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Karkas babi campur ayam

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... as-babi-campur-ayam

Disiarkan pada: September 26, 2024 @ 12:55pm

Skuad Khas Harian Metro
[email protected]


LORI digunakan untuk mengangkut karkas babi ke beberapa negeri seperti Perak, Kuala Lumpur dan Johor untuk dipasarkan. FOTO PGA

Tumpat: Pindah karkas (bahagian badan) babi menggunakan perahu melintasi Sungai Golok ketika pihak berkuasa bertukar syif kawalan.

Itu modus operandi sindiket yang aktif melakukan kegiatan penyeludupan karkas babi ke negara ini melalui Tak Bai, Sungai Golok dan Bukit Bunga, Thailand.

Tinjauan wartawan selama dua hari di kawasan terbabit bermula dari Bukit Bunga sehingga ke Kampung Pulau Ular, di sini, mendapati kegiatan penyeludupan itu bermula dari jam 7.30 malam hingga 10 malam.

Berdasarkan maklumat, waktu berkenaan didakwa adalah tempoh terbaik kerana pasukan keselamatan sempadan sedang bertukar syif.

Mengambil kesempatan itu, sindiket memulakan operasi mereka dengan membawa masuk karkas babi dari pengkalan haram di kawasan Tak Bai.

Karkas babi yang diseludup itu 'mendarat' di beberapa pengkalan haram antaranya di Kampung Pulau Ular, Kampung Mentua, Kasban, Gergaji, Tanjung, Jeram Perdah, Bukit Bunga, Lubuk Gong dan Tok Awang Belulang.

Ia kemudian dipindahkan ke dalam lori bonded sebelum dihantar ke beberapa negeri seperti Perak, Kuala Lumpur dan Johor untuk dipasarkan.

Namun wartawan difahamkan karkas babi berkenaan adakalanya dicampur dengan daging ayam bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa.

Ia diakui sendiri penduduk tempatan yang mendakwa tindakan sindiket penyeludupan itu tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

"Biasanya yang buat kerja (pindah barang) ini orang sini (penduduk kampung) juga, bila kita tanya dia kata bawa ayam, sedangkan kita nampak dia punggah karkas babi dari perahu.

"Mereka (penyeludup) ini pandai, bukan setiap hari bawa masuk (karkas babi), ada hari-hari tertentu.

"Kalau kawasan Bukit Bunga 'panas', mereka (sindiket penyeludupan) lari ke 'kale kubor' (Pengkalan Kubor), kalau di situ 'panas' juga mereka lari ke kawasan lain pula," katanya.

Dia yang enggan mendedahkan namanya mengakui turut terbabit dengan aktiviti penyeludupan.

"Saya sendiri bawa masuk barang (seludup) tapi bukan bawa masuk karkas babi, ini kerja kita yang tinggal di sempadan.

"Tidak sanggup untuk saya bersekongkol, semata-mata untuk membawa masuk barangan (karkas babi) berkenaan," katanya.

Katanya, terdapat orang tengah di kawasan Tak Bai, Bukit Bunga dan Munduk yang akan membekalkan barangan berkenaan.

"Jika dahulu, karkas babi ini tidak boleh dibawa masuk melalui Munduk, namun kini saya dapati terdapat aktiviti itu dilakukan melalui Munduk dan melintasi Sungai Golok ke negara ini.

"Kegiatan ini bukan baru, sudah lama berlaku, sudah banyak rampasan dilakukan pihak berkuasa, namun mereka ini seolah-olah dilihat kebal," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.559078 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list