CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16595|Reply: 3

[Tempatan] Tulisan anak kemas, dituduh pula ibu bapa buatkan kerja sekolah

[Copy link]
Post time 27-9-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Tulisan anak kemas, dituduh pula ibu bapa buatkan kerja sekolah

https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... tkan-kerja-sekolah/

Oleh KOSMO!
27 September 2024, 11:54 am


Tangkap layar video tular di TikTok memaparkan seorang guru membuat teguran kerana menyangka kerja sekolah dilakukan oleh ibu bapa. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang ibu meluahkan rasa sedih kerana dituduh membuat kerja sekolah gara-gara anaknya mempunyai tulisan cantik dan kemas.

Menerusi video yang dimuat naik @azzura.empire di TikTok, wanita itu memuat naik tangkap layar perbualan di antara guru berkenaan bersama ibu bapa di dalam kumpulan WhatsApp.

Dalam perbualan itu, guru itu membuat teguran kerana menyangka kerja rumah murid itu dilakukan oleh ibu bapa kerana tulisan yang begitu kemas.

“Kepada ibu bapa, minta jangan tolong anak buat kerja rumah. Semua cikgu bukan tak reti bezakan antara tulisan murid dan ibu bapa. Saya akan suruh murid sapu dan buat semula,” tegur guru tersebut.

Susulan itu, ibu murid tersebut menjawab, bahawa kerja sekolah dalam bahasa Mandarin itu dibuat sendiri oleh anaknya dan dirinya hanya memantau sahaja agar kelihatan cantik dan kemas.

“Sumpah bukan saya (ibu) yang buat cikgu. Saya nak menulis Bahasa Cina memang tak pandai langsung. Nak tulis ejaan untuk dia pun tulisan saya lagi teruk daripada dia.

“Anak saya sendiri yang tulis, saya cuma pantau sahaja. Saya suruh dia buat tulisan bagi kemas. Tak kemas dan cantik saya suruh padam balik,” jawabnya kepada guru terbabit.

Sementara itu, wanita itu turut meluahkan rasa sedih kerana menganggap dirinya sudah melakukan sehabis baik buat anaknya walaupun merupakan seorang ibu tunggal.

“Kalau tulisan kemas kena marah, tulis kemas kata pula ibu bapa yang buatkan dan tuliskan kerja sekolah. ‘Anxiety’ lah macam ni. Aku ibu tunggal yang dah berusaha sehabis baik untuk anak-anak tanpa harap bantuan orang lain. Tapi kena tuduh macam ni.

“Normal ke perasan saya? Sekarang kalau cikgu WhatsApp pun, walau buat teguran pada ibu bapa lain, saya tetap rasa ‘anxiety’,” tulisnya di dalam video tersebut.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 536,100 tontonan, 10,900 tanda suka dan 863 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berkongsi pernah berdepan dengan situasi yang sama sekali gus mendoakan agar ibu tersebut cekal menghadapi situasi tersebut.

“Anak saya pernah kena macam ni. Saya pergi sekolah jumpa pengetua dan minta anak saya tulis depan pengetua dan cikgu tu. Lepas tu minta maaf dekat dalam WhatsApp. Tahun seterusnya terus tukar sekolah anak,” komen Joyah.

“Amboi begini ke bahasa seorang cikgu. Pendapat saya, guru pun tak perlulah kasar sangat bahasanya. Kalau betul nak tegur dalam ‘group’, jangan ‘mention’ sesiapa. Kita masing-masing ada aib dan khilaf,” komen Nelliana pula. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi cikgu memang kenal la tulisan budak. Mak bapak enabler ni pun. Nak tolong anak, biar dia buat sendiri kerja dia. Bukan tolong buatkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 02:51 PM | Show all posts
cikgu tu yang bermasalah...
cikgu anak aku pernah tanya...masa anak darjah 1..tulisan cantik...

ini hasil mak dia jadi cikgu tadika masa PKP...mmg menangis aku kerja kan klu tulisan cakar ayam...bila darjah 1 tulisan nya mmmg lawa...
first time bila hntar kerja sekolah online...cikgunya wasap...ni tulisan anak puan sendiri ke..?
aku jawab..iya..mmg tulisan dia...cikgu ckp cantiknya tuk anak tahun satu...huhuu. idak le cikgu tu kata...ingat kami cikgu bodoh ke...huhuhu...

tp mmg ada je tulisan budak2 cantik...practise make perfect gitu...
aku dulu ajar guna buku jom tulis and tulisan berangkai beli kat shopee...hasil dia mmg tulisan budak  cantik n kemas...tp kita kena pantau la..jgn di biar anak dgn buku tu je...x jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon...'jangan la memancung mancung pasai tulisan ni'...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.838110 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list