CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33522|Reply: 7

[Dunia] Banjir di Thailand, lebih 100 buaya ditakai demi keselamatan penduduk

[Copy link]
Post time 27-9-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Thailand, lebih 100 buaya ditakai demi keselamatan penduduk

https://www.freemalaysiatoday.co ... selamatan-penduduk/

Bernama
26 Sep 2024, 06:05 PM


Pemilik Ladang Buaya Intern Lamphun, Natthapark Kamkart mengakui ia keputusan sukar untuk menakai buaya yang dipeliharanya kira-kira 17 tahun. (Gambar Bernama)

Pemilik Ladang Buaya Intern Lamphun di Ban San Khayom, daerah Mueang bimbang buaya akan terlepas jika seluruh tembok ladangnya runtuh.

BANGKOK: Lebih 100 buaya dewasa dari Ladang Buaya Intern Lamphun di wilayah Lamphun, Thailand ditakai demi keselamatan penduduk berikutan banjir teruk melanda kawasan itu.

Media tempatan melaporkan banjir memusnahkan tanah pertanian dan ladang ternakan luas di pelbagai wilayah, khususnya di wilayah timur laut dan utara Thailand.

Menurut laporan Thai PBS World pada Selasa, pemilik Ladang Buaya Intern Lamphun di Ban San Khayom, daerah Mueang, Natthapark Kamkart berkata hujan lebat dan banjir sejak kebelakangan ini menyebabkan sebahagian dinding ladangnya runtuh.

Katanya, dia dengan berat hati membuat keputusan menakai lebih 100 buaya dewasa kerana bimbang ia terlepas dan membahayakan keselamatan penduduk.

Hujan tahun ini begitu lebat dan saya terpaksa membuat keputusan segera, katanya sambil mengakui ia keputusan sukar kerana buaya itu dipeliharanya kira-kira 17 tahun.

Susulan ramalan hujan berterusan, Natthapark bimbang seluruh tembok ladangnya runtuh dan buaya terlepas.

Kebiasaannya, beliau tidak akan menakai buaya dewasa kerana boleh menjejaskan operasi pembiakan untuk tahun mendatang.

Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana pada Khamis mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh di 31 wilayah Thailand dalam tempoh 24 jam akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takai nk bunuh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2024 04:23 PM | Show all posts

From google....

Takai:
Menakai mengenal pasti dan memilih binatang dalam sesuatu kawanan yang berpenyakit, lemah dan sebagainya untuk dibunuh, disingkirkan dan sebagainya sebagai langkah mencegah pemerebakan penyakit dan sebagainya

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nakai sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Culled agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 27-9-2024 04:41 PM
Culled agaknya


Ok thanks dah faham kalu culled.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 27-9-2024 04:23 PM
From google....

Takai:

Kesiannya. Macam kes Emu/ostrich yg influencer tiktok bela dan jadikan content. Her case dia sembunyikan burung tu masa wabak. Nama burung tu Emmanuel.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 27-9-2024 07:30 PM
Kesiannya. Macam kes Emu/ostrich yg influencer tiktok bela dan jadikan content. Her case dia sembu ...

Oo pernah juga tengok video Emmanuel tu. Dia selalu kacau camera tuan dia masa shooting. Tuan dia marah dia siap panggil nama penuh Emmanuel Todd Lopez!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077096 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list