View: 24682|Reply: 5
|
[Politik]
Sanusi janji berubah, jaga lidah
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 28-9-2024 04:12 AM
Menteri Besar Kedah itu dalam kenyataan hari ini juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima permohonan ampun sebagaimana yang dititahkan baginda, semalam.
"Mudah-mudahan sifat pengampun dan kebaikan hati yang ada pada DYMM TuankuSultan akan membawa lebih banyak kebaikan serta menambahkan lagi daulat dalam pemerintahan DYMM Tuanku serta menjadikan Negeri Selangor Darul Ehsan negeri yang diberkati serta dilimpahi rahmat oleh Allah SWT," katanya dalam kenyataan itu.
Sanusi turut mendoakan Sultan Sharafuddin dipanjangkan usia oleh Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk terus melaksanakan tanggungjawab memerintah penuh adil dan cemerlang.
Pada Khamis, Sultan Sharafuddin berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Sanusi.
Sultan Sharafuddin dalam warkah perkenan ampun yang dimuat naik menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office memaklumkan bahawa baginda mempertimbang dan menerima permohonan ampun dan maaf itu, atas nama ukhuwah sesama Islam serta bangsa Melayu.
Pada Rabu, Sanusi memohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan beliau yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda pada Julai tahun lepas.
Astro Awani
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan bagi muka terus kan prosiding. Tka percaya iols dia ni dr kes raptor sampai sekarang kuas buat cerita. Tak sabar tunggu kes sama vt pula. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya buat kerja saya, tuhan buat kerja dia." - Nusi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila anjing kuat menyalak ni pandai jaga lidah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin nusi lebih tenang sejak penenang dia bertambah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|