View: 9703|Reply: 1
|
[Tempatan]
Lepas 22 bulan UMNO setia dengan PH, bukan macam BERSATU, kata Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad
[Copy link]
|
|
Lepas 22 bulan Umno setia dengan PH, bukan macam Bersatu - Khalid
https://www.malaysiakini.com/news/720795
Zarrah Morden
Diterbitkan: Sep 27, 2024 10:42 PM
Dikemaskini: 10:42 PM
Umno sudah membuktikan bahawa ia rakan setia kepada Pakatan Harapan (PH) dan tidak seperti Bersatu, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.
Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu malam ini mengakui mungkin ada penyokong PH yang masih belum selesa sepenuhnya dengan BN.
Bagaimanapun, katanya, PH berterima kasih kepada BN kerana memilih untuk membentuk kerajaan bersama-sama, dan bukannya bersama Perikatan Nasional (PN).
“Dah 22 bulan. Umno tak khianat. Kalau dengan PN sekarang ini, 22 bulan dah mulalah goyang. Tapi setakat ini, Umno membuktikan mereka merupakan rakan yang setia," katanya pada ceramah di Kampung Masjid Lama di Kluang.
Dia merujuk kepada ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020, yang membawa kepada kejatuhan kerajaan pimpinan PH selepas Bersatu meninggalkan gabungan itu dan membentuk pakatan baru bernama Perikatan Nasional dengan PAS, selain bekerjasama dengan BN.
Khalid berkata kerjasama BN dengan PN pada masa itu telah menghasilkan peranan perdana menteri untuk Umno Ismail Sabri Yaakob.
“Semasa (BN bersama) PN, Umno menjadi perdana menteri.
"Mereka (Umno) tahu bahawa bersama PH, ia tidak akan menjadi perdana menteri," katanya.
Dia juga mendakwa Bersatu mendalangi langkah Sheraton supaya presiden parti itu, Muhyiddin Yassin boleh menjadi perdana menteri.
“PN, khususnya Bersatu, adalah parti pengkhianat. Kami membentuk kerajaan sebelum ini, dan kemudian 22 bulan, kami dikhianati.
"Beliau (Muhyiddin) mahu menjadi perdana menteri," katanya.
Khalid berkempen untuk calon PRK Mahkota bagi BN Syed Hussien Syed Abdullah.
Syed Hussien akan menentang calon PN Mohd Haizan Jaafar untuk kerusi DUN Johor itu esok.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Umno, Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|