CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14460|Reply: 0

[Sarawak] BIKF Ke-17: Aneka layang-layang menghiasi ruang udara Bintulu

[Copy link]
Post time 28-9-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-9-2024 04:05 AM



Layang-layang besar kecil yang diterbangkan di ruang langit Bintulu.
BINTULU: Ruang udara di atas Lasar Kenyalang Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu dihiasi indah dengan pelbagai jenis, warna dan bentuk layang-layang besar kecil sejurus Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu Sarawak (BIKF) Ke-17 membuka tirainya pada Rabu.

Festival tersebut yang berlangsung hingga Ahad ini disertai 170 pelayang dari 28 negara seluruh dunia dengan pendatang baharu dari Amerika Syarikat (AS) serta dua kru televisyen dari Perancis.


Layang-layang besar corak ikan pari yang sedang diterbangkan di langit Bintulu.

Acara bermula dengan persembahan layang-layang besar, 'sport kite', 'wind garden', 'singles line kite' dan 'freestyle sport kite show' oleh semua peserta serta bengkel pembuatan layang-layang yang disertai para pelajar sekolah rendah dari beberapa sekolah rendah bahagian ini.

Tinjauan mendapati orang ramai teruja menyaksikan dan terlibat dengan aktiviti yang diadakan terutamanya melihat dengan lebih dekat dan merakam gambar di hadapan patung beruang, harimau dan gorila besar yang ditempatkan di taman layang-layang tapak festival tersebut.



Layang-layang Pinocchio.

Selain itu, turut diadakan aktiviti jualan makanan, barangan, pertanian dan sebagainya di tapak festival yang boleh dilawati pengunjung.


Layang-layang burung kenyalang.


Kru bertugas sedang memasang patung harimau di tapak festival.


Murid-murid sekolah rendah yang menyertai bengkel membuat layang-layang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.083279 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list