CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30062|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak kini pegang 31.25 peratus saham Affin Bank

[Copy link]
Post time 28-9-2024 12:27 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tengah) menyaksikan majlis menandatangani SPA Affin Bank Berhad antara Kerajaan Sarawak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) serta Boustead Holdings Berhad di Kuching, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak kini merupakan rakan strategik terbesar dalam Affin Bank Berhad selepas mengambil alih pegangan saham 31.25 peratus susulan pemeteraian Perjanjian Jual Beli (SPA) Kerajaan Sarawak bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad di sini, hari ini.

Majlis yang memformalkan pemerolehan pegangan besar dalam Affin itu disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Abang Johari dalam ucapannya berkata, sebelum pengambilalihan itu, kerajaan Sarawak memegang 4.81 peratus kepentingan dalam Affin, justeru pemeteraian SPA terbabit menandakan satu langkah besar ke hadapan.

Ia juga satu langkah penting ke hadapan bagi Sarawak bersama-sama Affin dalam usaha menjadi pemain terkemuka dalam landskap perbankan di Malaysia, katanya.

“Idea untuk memperoleh saham yang besar dalam Affin bermula dengan penghormatan dan pengiktirafan yang mendalam terhadap peranan penting industri perbankan dalam pembangunan ekonomi dan masyarakat kita.

“Bank ialah pemacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan penting untuk pembangunan perniagaan dan kesejahteraan kewangan.

“Keputusan kami untuk melabur dalam Affin didorong oleh langkah strategik untuk mewujudkan platform kewangan dan sinergi dengan bank yang kukuh dan cekap yang penting untuk Sarawak ke arah meningkatkan potensi ekonominya yang besar,” ujarnya.

Abang Johari berkata, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 adalah pelan komprehensif yang bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini.

Justeru katanya, mempunyai bank yang menyokong memainkan peranan penting dalam mencapai objektif PCDS 2030 kerana kerjasama dengan Affin akan menjadi penting dalam memupuk pencapaian pelan pembangunan itu.

Selain itu katanya, dengan memanfaatkan rangkaian dan kepakaran Affin yang luas, Sarawak akan bekerjasama untuk membuka peluang baharu, memudahkan akses kepada modal dan menyemarakkan semangat keusahawanan warga Sarawak.

“Saya yakin dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan usaha kolektif rakyat kita, Affin akan berkembang maju dan menjadi mercu tanda kecemerlangan kewangan yang wajar dimiliki oleh negara kita.

“Affin memainkan peranan penting dalam menyokong sektor perniagaan. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membentuk tulang belakang ekonomi kita dan mereka memerlukan rakan kongsi kewangan yang boleh dipercayai untuk berkembang maju,” jelasnya.

Abang Johari berkata dengan sokongan Affin, PKS boleh mengembangkan operasi, berinovasi dan mencipta peluang pekerjaan.

“Kami telah mengkaji dan memerhatikan Affin dan melihat kemajuan dan pencapaian yang luar biasa dalam kumpulan itu.

“Setakat suku kedua tahun ini, Kumpulan Affin telah melaporkan jumlah aset berjumlah RM108.2 bilion dengan matlamat strategik untuk menggandakan angka ini kepada RM180 bilion menjelang 2028,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Abang Johari berkata meskipun Sarawak mempunyai majoriti pegangan saham, kerajaan negeri tidak akan campur tangan dengan pengurusan bank.

Hadir sama ialah Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menteri-menteri Sarawak dan persekutuan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah serta tetamu kenamaan lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.508234 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list