View: 37373|Reply: 1
|
[Tempatan]
[VIDEO] ‘Kenapa pilih makan kelawar, makanlah ayam macam orang lain’......indon kongsi video memasak dan makan kelawar goreng
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 28-9-2024 12:36 PM
[VIDEO] ‘Kenapa pilih makan kelawar, makanlah ayam macam orang lain’
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... m-macam-orang-lain/
Oleh KOSMO!
28 September 2024, 5:33 pm
Seorang lelaki Indonesia berselera menikmati kelawar goreng.
PETALING JAYA – Tindakan seorang pencipta kandungan dari Indonesia berkongsi video dia memasak dan makan kelawar goreng mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan lelaki tersebut didakwa mahu mencetuskan pandemik.
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @danceuobob, lelaki itu merebus kelawar tersebut sebelum diangkat untuk ditambah rempah dan kemudian ia digoreng.
Bukan hanya kelawar, pencipta kandungan itu turut berkongsi pelbagai lagi makanan pelik dan jijik antaranya tikus, lipas, lipan serta pelbagai lagi haiwan dan serangga.
Malah, dia pernah diberikan amaran oleh pihak TikTok susulan kandungan yang dimuat naik, namun lelaki itu kemudian mewujudkan satu lagi akaun.
Salah seorang pengguna media sosial berasal dari Itali dan tinggal di Indonesia, Christian Giacobbe turut mengkritik lelaki tersebut.
“Bro kita baru keluar daripada Covid-19. Awak nak mulakan pandemik lain? Boleh tak awak jadi normal, makan ayam macam orang lain,” katanya.
Ia turut dipersetujui pengguna TikTok lain supaya lelaki itu menghentikan tabiatnya.
“Aku penat kuarantin (Covid-19) seminggu. Dia datang lagi buat masalah,” kata seorang individu.
“Bukan dia makan tu, dapat penyakit ke?,” tanya pengguna TikTok yang lain. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Dolu2 tgk budak indon mkn gecko.. now klawar..
Tak cukup makanan kat sana ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|