View: 37268|Reply: 2
|
[Dunia]
Akaun bank tak ada, tetapi indon minta keluarkan wang RM27,282. Bersenjatakan parang, indon mengamuk dan lakukan vandalisme di bank
[Copy link]
|
|
Akaun bank tak ada tetapi minta keluarkan wang RM27,282
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... arkan-wang-rm27282/
Oleh KOSMO
28 September 2024, 5:30 pm
Tangkap layar menunjukkan serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. - Instagram
JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki bersenjatakan parang yang mengamuk dan melakukan vandalisme di sebuah bank di Indonesia mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Abata News semalam.
Lelaki itu mengamuk selepas dihalau keluar oleh kakitangan kerana mahu mengeluarkan wang tunai berjumlah 100 juta rupiah (RM27,282).
Bagaimanapun, dia tidak memiliki akaun simpanan.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fakta.indo, dia dilihat menghunuskan parang ke arah kakitangan dan polis yang cuba menghalangnya daripada masuk.
Lebih mengejutkan apabila dia sempat memecahkan pintu kaca dan beberapa mesin juruwang automatik (ATM).
Suspek telah ditahan oleh polis.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Nak keluarkan duit tapi tidak ada akaun simpanan,” sindir seorang netizen.
“Macam mana nak keluarkan duit kalau tak ada duit?” kata netizen lain. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
It is either org tu lembam atau mmg dia kena scammed. Mungkin lah ada yg close to him yg konon2 nya tolong buka kan acct utk dia dan uruskan kemasukkan duit dlm bank, skali nanhadoo |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 28-9-2024 09:47 PM
It is either org tu lembam atau mmg dia kena scammed. Mungkin lah ada yg close to him yg konon2 nya ...
Tu masalahnya indon byk yg uneducated..or lowly educated...dah dpt bilik pree kt penjara |
|
|
|
|
|
|
| |
|