PENGHARGAAN: Simon menyampaikan sijil kepada salah seorang ketua komuniti dalam majlis itu.
CERAMAH: Alvin ketika menyampaikan ceramah berkaitan denggi kepada penduduk.
TENOM: Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Alvin Richard menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan aktiviti gotong royong bagi membersihkan persekitaran rumah.
Katanya, usaha ini adalah cara terbaik mencegah denggi di kawasan perkampungan.
“Denggi adalah penyakit yang merbahaya dan boleh meragut nyawa.
“Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mengalami demam panas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan supaya dapat megetahui terdapat jangkitan denggi atau sebaliknya,” katanya semasa memberikan taklimat sempena mini karnival Jiwa Komoditi Madani peringkat Parlimen Tenom.
Menurutnya, jangkitan demam denggi boleh berlaku melalui gigitan nyamuk aedes.
“Perkhidmatan semburan racun nyamuk secara fogging boleh dilakukan sekiranya denggi melanda di perkampungan terlibat,” katanya.
Dalam majlis sama, beberapa agensi kerajaan turut memberikan ceramah iaitu GiatMARA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan DUN Melalap Simon Mamat diberi penghormatan menyempurnakan perasmian program mini karnival itu.
Dalam ucapan ringkasnya beliau mahu agar setiap ketua komoditi yang dilantik dapat membantu menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat.
Beliau kemudiannya menyampaikan sijil kepada enam ketua komoditi dalam kawasan Parlimen Tenom.
|