CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14646|Reply: 0

[Sarawak] NGO diseru turut jayakan aspirasi Sarawak maju berpendapatan tinggi 2030

[Copy link]
Post time 29-9-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode


Sufian (dua kiri) menyerahkan cenderamata kepada Dr Abdul Rahman disaksikan tetamu lain pada majlis tersebut.

LIMBANG: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Kedayan Limbang (PKL) yang ditubuhkan di Sarawak perlu bersama-sama menjayakan hasrat ke arah menjadikan  wilayah ini maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memajukan wilayah ini.

“NGO yang wujud perlu berkerjasama untuk memastikan bahawa wawasan kerajaan dilaksanakan, melalui  pelbagai pendekatan yang dilaksanakan Premier ke arah mencapai Sarawak maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penangguhan Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Kedayan Limbang (PKL) bagi Sesi 2024 hingga 2027 di Dewan St Edmund, Limbang pada Sabtu.

Dr Abdul Rahman berkata, PKL harus mengekalkan perpaduan yang ada dalam kalangan masyarakat Kedayan itu sendiri, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Jelasnya, Limbang turut menerima limpahan pembangunan berterusan termasuk Tebingan Sungai Limbang, projek Jalan menuju ke Taman Tasik Mas, Tebingan Sungai Rangau dan pelbagai projek mega lain.

Pembangunan ini katanya, dilaksanakan kerajaan Sarawak dalam menyediakan lebih banyak prasarana pembangunan dan ia memerlukan sokongan dan penyertaan berterusan daripada rakyat.

Katanya, masyarakat Kedayan perlu terlibat secara aktif dalam pembangunan dan semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya agar tidak tercicir dari arus pembangunan perdana.

Mengulas lanjut katanya, masyarakat Kedayan bakal mempunyai bangunan pejabat moden apabila Premier Sarawak meluluskan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan bangunan pejabat persatuan itu yang dijangka dimulakan hujung tahun ini.

Jelasnya, bangunan baharu terbabit yang amat dinanti-nantikan masyarakat Kedayan di utara negeri ini akan menjadi mercu tanda PKL, selain memberi kemudahan bukan saja kepada masyarakat Kedayan, malah masyarakat pelbagai kaum dan agensi kerajaan.

Beliau berkata, selain menempatkan pejabat untuk PKL menjalankan aktiviti, bangunan baharu itu nanti juga akan dilengkapi dewan serba guna untuk kemudahan aktiviti perkahwinan selain premis perniagaan lain.

Pada mesyuarat itu, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dilantik sebagai Pengerusi PKL bagi sesi 2024 hingga 2027.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.313357 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list