CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14706|Reply: 0

[Sarawak] Pesisir bandar Kuching lokasi pertama program pengangkutan air percuma untuk pelajar sekolah

[Copy link]
Post time 29-9-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-9-2024 07:26 AM



Henry menunjukkan tanda bagus selepas menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Perakuan Kompetensi (COC) kepada operator bot penumpang untuk Program Pengangkutan Air Percuma Pelajar Sekolah hari ini.

KUCHING: Kawasan pesisir bandar Kuching menjadi lokasi pertama pelaksanaan program pengangkutan air percuma untuk pelajar sekolah yang menggunakan sungai sebagai laluan pengangkutan utama.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi membantu mengurangkan beban keluarga di luar bandar selain mengutamakan keselamatan anak-anak untuk ke sekolah.

“Kita (kerajaan Sarawak) akan memulakan program ini di sekitar kawasan pesisir bandar Kuching terlebih dahulu sebelum meluaskannya ke seluruh Sarawak.

“Program ini akan dikendalikan oleh Yayasan Sarawak menerusi penglibatan agensi berkaitan seperti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak  dan Jabatan Pendidikan Negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyampaian Sijil Perakuan Kompetensi (COC) kepada operator bot penumpang untuk Program Pengangkutan Air Percuma Pelajar Sekolah di sini, hari ini.  

Henry berkata, kerajaan Sarawak menyedari bahawa penyediaan pengangkutan air percuma amat diperlukan memandangkan terdapat pelajar yang masih menggunakan bot ke sekolah.

“Kita sedar perkhidmatan ini amat diperlukan, dan ia penting kerana keselamatan anak-anak menjadi keutamaan kita.

“Apatah lagi baru-baru ini, terdapat kemalangan berlaku melibatkan bot yang membawa dua pelajar sekolah (di Lundu) kerana kadang-kadang perkara ini luar jangkaan,” katanya.

Selain menjaga keselamatan pelajar sekolah kata beliau, ia dapat membantu kementeriannya mengenal pasti tahap pengetahuan dan keselamatan yang dipraktikkan oleh operator bot di negeri ini.

“Ini termasuk mengambil kira keadaan bot tersebut serta penyediaan jaket keselamatan untuk penumpang.

“Jadi, inilah hasrat kerajaan Sarawak menyediakan program pengangkutan air percuma supaya kita dapat mempertingkatkan kesedaran kepentingan keselamatan anak-anak kita,” jelasnya.

Beliau menambah program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif pengangkutan percuma pelajar sekolah yang dimulakan sejak 2020 dengan menawarkan bas sekolah percuma untuk pelajar sekolah dari golongan keluarga B40.

Terdahulu, lebih 20 operator bot penumpang menerima COC dengan penyerahan disempurnakan oleh Henry yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.105346 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list