CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14247|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan perkenal inisiatif pengangkutan air percuma untuk pelajar sekolah

[Copy link]
Post time 29-9-2024 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-9-2024 07:48 AM



Henry diiringi Watson (dua kiri) serta tetamu kehormat lain menyampaikan COC kepada operator bot penumpang untuk Program Pengangkutan Air Percuma Pelajar Sekolah hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memperluaskan program pengangkutan percuma untuk pelajar sekolah dengan memperkenalkan inisiatif pengangkutan air di kawasan pesisir bandar di negeri ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia bagi membantu menangani masalah pengangkutan melibatkan pelajar yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, program itu telah dimulakan oleh kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak sejak 2020 dengan menawarkan perkhidmatan bas sekolah percuma dengan penyertaan pengusaha bas di Kuching, Miri dan Sibu.

“Melihat kepada kesan positif program tersebut seperti peningkatan kadar kehadiran dan pencapaian pendidikan bertambah baik bagi di sekolah berkenaan, maka kita memperluaskan program tersebut.

“Kita memperkenalkan program pengangkutan air dalam mengatasi cabaran geografi yang unik di Sarawak kerana masih ada pelajar sekolah di luar bandar terutamanya di kawasan sepanjang sungai yang sangat bergantung kepada pengangkutan itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Sijil Perakuan Kompetensi (COC) kepada operator bot penumpang untuk Program Pengangkutan Air Percuma Pelajar Sekolah di Auditorium Yayasan Sarawak di sini, hari ini.

Teks ucapan Lee dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep.

Mengulas lanjut, Lee berkata, program itu bukan hanya dapat mengurangkan beban ibu bapa dari segi kos pengangkutan.

“Bahkan menunjukkan komitmen dan keprihatinan kerajaan untuk memastikan tiada seorang pun anak kita, tidak kira di mana mereka tinggal, harus dinafikan peluang bagi mendapat pendidikan yang berkualiti hanya kerana kekangan pengangkutan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap program itu akan terus berkembang dengan jayanya bagi memastikan setiap pelajar di Sarawak dapat pergi ke sekolah dengan selamat serta meraih masa hadapan yang lebih cerah.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli memberitahu lebih 20 operator bot penumpang yang beroperasi membawa pelajar menyeberangi sungai untuk ke sekolah di kawasan sekitar pesisir bandar Kuching telah dikenal pasti untuk melaksanakan program itu.

Antara kawasan itu kata beliau, seperti di Kampung Muhibbah, Kampung Semilang Beradek, Kampung Sibu Laut, dan Kampung Salak.

“Untuk makluman, kita telah bekerjasama dengan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak bagi menganjurkan Kursus Perakuan Kompetensi kepada operator terlibat
agar mereka mendapat lesen bagi mengendalikan bot penumpang secara sah.

“Mereka semua telah menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dicalonkan mengikuti kursus tersebut dan alhamdulillah, kesemua mereka melepasi pemeriksaan kesihatan dan juga berjaya menamatkan kursus berkenaan,” kata Mersal menerusi teks ucapan dibacakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Yayasan Sarawak Watson Chunggat Leornard Doo.

Untuk rekod, pelajar yang menaiki bot ke sekolah akan diberikan kad pintar yang mengandungi Kod QR sama sepertimana kaedah pelaksanaan Program Bas Sekolah Percuma.

Kod QR itu akan diimbas oleh operator bot penumpang setiap kali mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037190 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list