CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14338|Reply: 0

[Sarawak] MOTAC tangani isu tular daftar masuk dan keluar hotel

[Copy link]
Post time 29-9-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail
BINTULU: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) akan memikirkan mekanisme sesuai bagi menangani isu tular daftar masuk dan keluar hotel di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing (gambar) berkata, beliau sudah mengambil maklum isu yang tular di media sosial berhubung waktu daftar masuk dan daftar keluar industri perhotelan di negara ini.

"Isu ini menarik perhatian dan saya memahami kebimbangan yang disuarakan oleh orang ramai serta pihak berkepentingan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, beliau mengarahkan pasukannya dalam MOTAC segera mengatur satu mesyuarat khas bersama semua pihak berkaitan khususnya pengusaha industri perhotelan sebaik sahaja kembali ke Malaysia.

Katanya, mesyuarat itu antara lain bagi membincangkan isu ini secara menyeluruh dan memastikan satu penyelesaian yang adil serta tidak membebankan pelanggan dapat dicapai.

"Adalah menjadi keutamaan MOTAC memastikan amalan dan polisi dilaksanakan oleh pihak hotel adalah selaras dengan kepentingan pengguna sambil memastikan kelangsungan industri perhotelan berdaya saing dan mapan.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa MOTAC akan mengambil tindakan segera dan berkesan menangani isu ini," jelasnya.

Dalam pada itu, pandangan serta cadangan daripada semua pihak berkepentingan diambil kira termasuk proses membuat keputusan demi memastikan industri perhotelan di Malaysia terus kompetitif dan mesra pelanggan.

Tiong sekarang sedang mewakili negara menghadiri persidangan United Nations World Tourism Organization (UNWTO) dan akan segera kembali untuk menangani isu ini dengan sewajarnya.

"Saya menzahirkan terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor pelancongan negara," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046472 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list