CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30087|Reply: 0

[Sarawak] BIKF dijangka catat lebih 200,000 pengunjung

[Copy link]
Post time 29-9-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-9-2024 08:12 AM

Saksi layang-layang diterbangkan, sertai pertandingan, beli barangan, makanan di gerai jualan



Aneka jenis layang-layang yang diterbangkan di Lasar Kenyalang Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

"BIKF antara festival yang mampu menjadi penggalak ekonomi untuk penduduk Bintulu."

Dato Haidar Khan Asghar Khan
Timbalan Pengerusi BDA

Oleh Abang Ismail Abang Su'ud

BINTULU: Hari terakhir Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) Ke-17 2024 meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang mengambil peluang cuti hujung minggu mengunjungi tapak festival di sini, hari ini.

Mereka yang berkunjung sama ada untuk menyaksikan layang-layang diterbangkan, menyertai beberapa pertandingan mahupun membeli pelbagai barangan serta makanan dan sebagainya di gerai-gerai jualan di tapak festival.

BIKF Ke-17 anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan sokongan Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) sebagai rakan strategik serta agensi kerajaan lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bertemakan 'Most Iconic Event In Bintulu'.

Festival hari terakhir hari ini menyenaraikan aktiviti sampingan lain berupa bengkel pembuatan layang-layang, pertandingan 'kids doodles', pakaian beragam dan gubahan buah-buahan.

Malamnya pula diadakan persembahan pentas hiburan dan acara kebudayaan bagi memeriahkan festival serta untuk menghiburkan para pengunjung.

Sementara itu, festival yang bermula 25 September lalu disertai 170 pelayang dari 28 negara seluruh dunia termasuk Malaysia yang menyempurnakan persembahan terakhir menerbangkan layang-layang besar, 'sport kite', 'wind garden', 'singles line kites' dan 'freestyle sport kite show'.


Layang-layang besar diterbangkan di Lasar Kenyalang tidak jauh dari lokasi Jambatan Bintulu-Jepak.

Para peserta sebelum itu turut dibawa melawat ke Kampung Kuala Nyalau yang terletak 60 kilometer (km) dari bandar Bintulu bagi mengenali budaya tempatan dan adat resam masyarakat Kedayan.

Sepanjang festival itu, tumpuan turut terarah kepada Taman Layang-Layang Gergasi yang menempatkan patung gorila, harimau dan beruang besar berketinggian enam meter yang dibawakan khas dari Perancis, menjadi lokasi wajib bagi para pengunjung merakam gambar kenangan.

Berdasarkan rekod BDA, jumlah pengunjung ke BIKF pada tahun lepas melebihi 200,000 orang dan kemungkinan tahun ini juga kehadiran pengunjung terus mencatatkan peningkatan.

Pada masa sama aktiviti jualan oleh usahawan serta para peniaga makanan, barangan, pertanian termasuk gerai-gerai makanan dan sebagainya yang menempatkan 109 gerai turut menjadi tumpuan pengunjung tanpa putus.


Pelbagai jenis barangan diniagakan oleh peniaga-peniaga kecil di tapak BIKF.

Seperti kata Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, BIKF adalah platform untuk memperkenalkan produk tempatan yang dapat menambah pendapatan peniaga-peniaga kecil sekali gus meningkatkan ekonomi Bintulu.  

"BIKF antara festival yang mampu menjadi penggalak ekonomi untuk penduduk Bintulu," katanya.

Tahun lepas setiap peniaga memperolehi lebih kurang RM30,000 pendapatan kasar sepanjang festival tersebut.

Katanya, penganjurannya berasaskan kepada konsep perpaduan, inklusiviti, kolaboratif, penjanaan ekonomi, apresiasi bakat, destinasi pelancongan dan mempromosi pembangunan secara lestari.


Para petugas menyusun atur patung gorila di Taman Layang Gergasi di Lasar Kenyalang.

Justeru beliau mengucapkan tahniah kepada Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari dan Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti sebagai pengerusi bersama BIKF serta penasihat BIKF iaitu Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, jawatankuasa pengelola serta semua pihak yang menjayakan festival tersebut.

Dalam pada itu, pagi tadi diselitkan dengan acara sesi soalan kuiz berkaitan BIKF Ke-17 dikendalikan oleh pengacara majlis tersohor di Bintulu iaitu Kamal Hassan dengan memilih pengunjung secara rawak untuk menjawab soalan.

Program pada malamnya pula adalah penyampaian hadiah dan anugerah untuk peserta BIKF, sijil penghargaan kepada pihak penaja serta persembahan hiburan bagi menutup tirai penganjuran festival ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036826 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list