CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29884|Reply: 0

[Sarawak] Penyakit kardiovaskular isu kesihatan utama di Sarawak

[Copy link]
Post time 30-9-2024 10:21 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim merasmikan Hari Jantung Sedunia 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Taman Perpaduan, Kuching, semalam. -Gambar UKAS

"Ingat, hanya ada satu hari sahaja dalam setahun untuk kita mengingatkan setiap orang agar menyayangi jantung masing-masing.”

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian
Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Penyakit kardiovaskular merupakan isu kesihatan utama di Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau mendedahkan bahawa 245,000 pesakit telah mendapatkan rawatan di Pusat Jantung Sarawak sejak 20 tahun lalu dan jumlah itu dijangka meningkat pada masa akan datang.

"Ingat, hanya ada satu hari sahaja dalam setahun untuk kita mengingatkan setiap orang agar menyayangi jantung masing-masing.

"Kita juga mesti menyayangi ahli keluarga dan rakan-rakan kita kerana kita tidak mahu kehilangan mereka hanya disebabkan oleh penyakit jantung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia 2024 Peringkat Negeri di Taman Perpaduan di sini, hari ini.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata pesakit kardiovaskular di Malaysia, 10 tahun lebih muda berbanding pesakit di negara maju.

Ini katanya disebabkan berlakunya peningkatan kadar penyakit hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.

Tahun ini  tema Hari Jantung Sedunia ialah 'Use Heart for Action', memfokus kepada motivasi setiap negara untuk membangunkan pelan tindakan kebangsaan bagi penyakit kardiovaskular.

Kira-kira 1,000 peserta mengambil bahagian dalam acara itu, yang bermula jam 6.30 pagi dan termasuk aktiviti seperti Walk-A-Mile, pemeriksaan kesihatan, ujian kecergasan dan sesi zumba.

Turut hadir isteri Timbalan Premier, Datin Amar Enn Ong Siok Ean dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.744726 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list