CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26184|Reply: 14

[Tempatan] Termakan janji syurga Abuya, 108 lagi ditahan

[Copy link]
Post time 3-10-2024 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 3-10-2024 05:02 AM

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah membuat tangkapan terhadap 108 individu yang disyaki terbabit dengan GISBH Holdings (GISBH) setakat ini.

Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kesemua individu yang ditangkap disyaki terbabit pelbagai kesalahan jenayah syariah meliputi perkara berkaitan akidah, pungutan khairat tanpa kebenaran dan perkahwinan.

Menurutnya, siri tangkapan ini dijangka akan berterusan membabitkan suspek yang disyaki dan sudah dikenal pasti berdasarkan risikan, aduan dan maklumat yang diterima oleh Jais.

"Jais mendapati wujud beberapa fakta mengenai amalan dan kepercayaan bercanggah dengan fatwa yang dikuatkuasakan, ini termasuk amalan mempercayai pimpinan adalah sesuatu yang memberikan keberkatan kepada ahli dan membolehkan ahli masuk syurga.

"Begitu juga mengamalkan (tarekat) Aurad Muhammadiah, percaya Abuya (pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad) tidak mati dan berada di alam ghaib, mayat Abuya terapung kerana Allah angkat Abuya, Rasulullah SAW atau Abuya hadir dalam majlis-majlis tertentu anjuran kumpulan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, siasatan turut mendapati perkahwinan dan perceraian dalam GISBH diatur pemimpin kumpulan dan menjalankan akad perkahwinan dengan cara ditentukan oleh pemimpin.

Katanya, perkahwinan itu tidak dapat dibuktikan dengan keterangan dokumen yang sah, malah perkahwinan antara anak dara dan teruna dibuat tanpa kebenaran Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor serta poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.

"Situasi dan keadaan ini menyebabkan berlaku kecelaruan dalam penentuan nasab, status perkahwinan serta dokumentasi perkahwinan ibu bapa kanak-kanak (mangsa).

"Perkara ini dijangka memberi kesan terhadap kanak-kanak dan tidak mustahil ia berpotensi menjejaskan penentuan nasab serta memungkinkan berlakunya pernikahan fasid atau wati' syubhah," katanya.

Katanya, Jais menjalin kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara serta agensi berkepentingan lain untuk mengenal pasti salasilah sebahagian besar dari 435 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global.


Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2024 10:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 12:59 AM | Show all posts
abuya cakap sekali je ke atau berulang-ulaaaangggggg
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 07:47 AM | Show all posts
manala pergi kewarasan kamu untuk menilai benda salah atau betul...

bangun budak flat bangun, bangun, bangun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 09:08 AM | Show all posts
barakohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
taksub betul depa ke ashaari tu ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kepam je masing2 dengan badan memboyak macam babi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:23 AM | Show all posts
Saya tengok di fb apabila ada agama sesat di Indonesia kecoh lebai malang melayu nak memperbetulkan ummah Indonesia tapi bila terjadi di Malaysia senyap semua lebai malang malaya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 11:36 AM | Show all posts
Mohd Shahzihan berkata, siasatan turut mendapati perkahwinan dan perceraian dalam GISBH diatur pemimpin kumpulan dan menjalankan akad perkahwinan dengan cara ditentukan oleh pemimpin.

Katanya, perkahwinan itu tidak dapat dibuktikan dengan keterangan dokumen yang sah, malah perkahwinan antara anak dara dan teruna dibuat tanpa kebenaran Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor serta poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.

"Situasi dan keadaan ini menyebabkan berlaku kecelaruan dalam penentuan nasab, status perkahwinan serta dokumentasi perkahwinan ibu bapa kanak-kanak (mangsa).

"Perkara ini dijangka memberi kesan terhadap kanak-kanak dan tidak mustahil ia berpotensi menjejaskan penentuan nasab serta memungkinkan berlakunya pernikahan fasid atau wati' syubhah," katanya.


Ye, dengan 1 pusingan Aurad Muhammadiah.

Paling menarik, ada yang gigih kata ummah lain dengki dengan kemajuan ekonomi isele GISB tapi tang nasab anak-anak dan perihal kawen cerai kawen cerai macam ayam buat-buat buta tak nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:39 AM | Show all posts
penat je ustaz/ustazah mengajar pendidikan Islam dkt skolah tu... tp tetap taksub pd manusia yg konon2 blh bg syurga.. atau sbb mereka dah terminum air bulu? da kne jampi tu yg jd taksuber n jd walabuya
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 11:44 AM | Show all posts
the best thing about GISB ni memang mereka mengamalkan gang-bang, threesome, dan orgies...very hollywood in nature
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 3-10-2024 09:15 AM
taksub betul depa ke ashaari tu ye

abuya pandai saikoloji..dia tau weakness manusia

semulajadi manusia ni GELOJOH..ni mmg tercipta adam tu dia bersifat gelojoh..tak sabaq

tu pasai sabar tu nilai mulia..Allah bersama orang yg sabar..tapi abuya tentu manipulate bab sabar kat pengikut dia..sabar dalam kejahilan kebodohan depa

bila naturally gelojoh so manusia always suke SHORT CUT.. jalan pintas ke sorga..short cut nk kaya

tu yg kne scam kompem nk short cut ..tipu pelaburan tu sme

pegi siam nikah lagi ..short cut gak

instant noodle..instant coffe..sme short cut

rasuah sme tu short cut nk kaya cepat lah

gelojoh ni sifat syaitan...marah marah tu sifat syaitan

islam tapi tadak iman..bila di uji anak pompuan sendiri dia rogol..btui dak?

so hidup jangan gelojohhhh..sabarrrr..pastikan patuh syariah..tapi kne berilmu ler klo tak mna nak tau halal haram etc yer dak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang kat bawah2... cee google geng2 pakai KOT tu.. yang rasmi cawangan2 GISB obesiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 3-10-2024 11:44 AM
the best thing about GISB ni memang mereka mengamalkan gang-bang, threesome, dan orgies...very holly ...

Tp badan masing2 barai mcm kerbau bunting
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 3-10-2024 11:44 AM
the best thing about GISB ni memang mereka mengamalkan gang-bang, threesome, dan orgies...very holly ...

Minda hollywood, muka nusantara, badan safari badak air.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.524041 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list