CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44295|Reply: 15

Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam

[Copy link]
Post time 4-10-2024 11:01 PM | Show all posts |Read mode





Beijing: Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.


Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata faktor durian yang masih segar dan kualiti yang tinggi menyebabkan raja buah itu mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat China di setiap outlet yang dijual.


"Memang semua durian itu habis (terjual) pada hari pertama lagi, iaitu semasa majlis pelancaran (penjualan durian) berkenaan pada 26 Ogos lalu. Sebelum saya tinggalkan majlis lagi durian yang dibawa ke situ semua telah habis dijual," katanya ketika ditemui Bernama.


Pada Ogos lalu, Malaysia mengeksport sebanyak 40 tan metrik durian segar daripada kualiti premium seperti Musang King, Black Thorn, D24 untuk dipasarkan di enam wilayah di republik tersebut iaitu Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shengzhen dan Nanning.


Norman berkata pihaknya akan mewujudkan lebih banyak penerbangan kargo antara Malaysia dan China agar durian segar dapat dibawa masuk dengan kuantiti yang besar ke negara itu pada masa hadapan.


"Kita memang ada (cadangan untuk menambah), pengusaha kita memang akan ambil peluang pasarkan durian segar, tetapi durian (segar) ini agak rumit sedikit sebab jualannya perlu dilakukan dalam masa kurang 36 jam sebab (khuatir) ia akan rosak (jika mengambil masa lebih lama)," katanya.


Sementara itu, rata-rata warga tempatan mengakui tekstur isi durian yang tebal dan rasa lemak berkrim menyebabkan durian Malaysia memberikan pengalaman yang begitu mengasyikkan setiap kali menikmati raja buah berkenaan.


Chen Jingyi, 26, berkata usaha kerajaan Malaysia mengeksport durian segar ke negara itu mengembalikan nostalgia ketika kali pertama mencuba durian tersebut semasa bercuti bersama keluarganya di Malaysia beberapa tahun lepas.


"Semasa saya pergi melancong bersama keluarga (di Kuala Lumpur, Malaysia), kami cuba makan (durian segar) Musang King, rasanya memang sangat sedap. Berbeza dengan durian yang saya makan di sini (China).


"Mungkin kerana kebanyakan durian yang datang ke sini (China) telah dibekukan atau sebagainya, kualiti dan rasanya sedikit lari berbanding durian segar," katanya.


Beliau berkata walaupun harga durian segar sedikit mahal, ia berbaloi kerana rasa serta kualiti yang ditawarkan sangat berbeza.


Bagi pekerja swasta Wang Yiming pula, rasa durian segar Malaysia yang seperti ais krim menyebabkan beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan buah tersebut.


"Durian sangat popular di Beijing dan mudah ditemui di pasar raya atau kedai buah-buahan di sini, cuma, buahnya itu kurang segar. Inisiatif Malaysia (kerajaan) mengeksport durian segar ke sini ialah langkah tepat dan hasilnya, buah itu sangat laris," katanya.


Seorang pelajar, Almasbiek Mamut, 21, berkata pertama kali merasai durian segar menyebabkan beliau terus jatuh cinta pada raja buah tersebut kerana rasanya jauh berbeza berbanding durian beku.


"Saya sangat menggemari durian segar, ia buah kegemaran saya sekarang. Isi durian sangat licin dan seperti kastard, ia memberikan rasa memuaskan yang sukar ditemui pada buah-buahan lain.


"Saya rasa saya perlu pergi ke Malaysia untuk merasai durian segar sebenar (durian baru jatuh). Saya bertuah kerana dapat membelinya," katanya.








Sumber  – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaran negara china besar. Sebab tu kat malaysia ni sana sini tanah di teroka secara halal n haram utk jadi lafang durian
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik biji durian tu ditanam x berapa menjadi kt China ( rs dorg mmg tengah try tanam), tp x sesedap durian SEA especially Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 04:32 AM | Show all posts
china rakyatnya ramai. kalau ramai makan durian serentak, dikhuatiri sendawa dan kentut serentak akan menyebabkan ketidak seimbangan tahap karbon dioksida dan metana di udara secara peringkat global. ia juga boleh dikategorikan sebagai senjata bio. tiberhh very the dramatik dah la
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Durian ni mmg rezeki msia. Thai sumatera borneo  pun rasa tak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Durian Malaysia durian terbaik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2024 09:05 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Black thorn byk export ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap nya kuah durian cicah roti jala
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia punya musang king, tupai king memang sedap. Indon, thailand, china tanam benda sama pun tak boleh dapat hasil buah sama. Sodapnya durian pahang
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Durian Msia mmg terbaikkkkk. Pegilah mana² negara jiran lain, rasa x kick langsung. Mcm mkn durian peram, cair je isi x lemak pekat likat
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 08:38 PM | Show all posts
Hoh naik flight deghoyan tu. Tak berbau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
abis laaa hutan dara kne tarah lagi

mari kita lihat sapa yg kenaaa...aaa tikam tikam tikammmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiber lapar durian
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 09:40 AM | Show all posts
wow laku eh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 10:40 AM | Show all posts
sedapnya durian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055697 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list