View: 14368|Reply: 11
|
‘Maaf kalau dah muak dengar saya nyanyi lagu Masing-Masing, tapi penganjur yang minta’ - Bella Astillah
[Copy link]
|
|
“Saya minta maaf kalau ada yang sudah muak mendengar saya menyanyi lagu Masing-Masing”.
Demikian respons penyanyi dan pelakon sensasi, Bella Astillah tentang dakwaan netizen yang sudah muak mendengarnya menyanyikan lagu dendangan asal Ernie Zakri itu.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia sendiri sedih bila berhadapan situasi ini. Tetapi penganjur acara yang sering minta dia menyanyikan lagu Masing-masing.
“Bila pihak penganjur sendiri yang minta menyanyikan lagu tersebut, saya agak keberatan untuk menolak.
“Lagipun mereka sudah bayar saya. Rezeki ini saya gunakan untuk menanggung anak-anak saya.
“Saya sendiri sudah bertanya dengan Ernie terlebih dahulu. Dia cakap tak mengapa.
“Kalau ikutkan saya juga sedih sebab lagu ini bukan lagu saya,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media pelancaran single baharunya, Tapi Bukan Denganmu, di sini, kelmarin.
Tambah pelakon drama Satu Hari Nanti itu lagi, kini khalayak tidak perlu lagi risau kerana dia sudah punya lagu ‘galau’ sendiri yang dicipta bersama komposer, Sharon Paul.
“Sekarang saya sudah ada lagu sendiri. Nanti hari-hari saya menyanyi dalam Instagram. Insya-Allah,” kongsinya dalam nada gembira.
Baru-baru ini juga penyanyi bertubuh genit itu dikecam bertalu-talu kerana dikatakan mempunyai masalah vokal sewaktu menyampaikan lagu Bermati-Matian dendangan asal Mahalini.
Sedar hakikat, Bella mengakui masih dalam proses untuk belajar vokal agar dapat memperbaiki mutu nyanyiannya.
“Saya menyanyi sejak kecil. Dari dahulu lagi saya sudah belajar vokal dengan bapa. Apabila dewasa saya belajar dengan guru vokal profesional seperti Cikgu Shafie.
“Saya tidak akan pernah berhenti belajar. Takkan saya nak tunjuk perjalanan proses pembelajaran saya kepada umum.
“Tetapi saya faham dengan kritikan yang diberikan oleh orang ramai. Mungkin ketika itu saya menyanyi kerana terikut-ikut dengan emosi atau terlalu penat.
“Mungkin juga tidak cukup latihan. Selepas ini saya akan buat dengan lebih baik. Insya-Allah,” ujarnya.
Lagu Tapi Bukan Denganmu kini sudah boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman serta boleh ditonton dalam saluran YouTube Universal Music Malaysia.
Sumber – Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
cerita pasal kau pun aku dah muakkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 7-10-2024 11:03 AM
cerita pasal kau pun aku dah muakkkkk
Lol kurex |
|
|
|
|
|
|
|
Btw yg tak bestnya sbb lagu tu masih current, n penyanyi asal pun masih dok nyanyi lagu tu kat events. Kalo lagu lama n penyanyi asal dah tak berapa nyanyikan dah takpe lg. Penganjur pun..nak lagu top tp taknak bayar ninie sbb lg mahal kan? So suruh org lain yg nyanyi... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada lagu baru kan? Boleh dah nyanyi lagu sendiri lepas ni, bgtahu penganjur |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 versi hidung sumbat |
|
|
|
|
|
|
|
bkn sbb lagu tu kn.. sbb suara x sedap kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bella please lah pakai braces. Pasti lebih cantik. Kalau tidak silap dulu Ella dah 40an baru pakai braces. |
|
|
|
|
|
|
|
Untung lah, anak dua tapi muka dan body cam gadis remaja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|