CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27109|Reply: 0

[Kedah] Pelajar lelaki tahan sakit 5 jam akibat cincin tersangkut di jari

[Copy link]
Post time 10-10-2024 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar lelaki tahan sakit 5 jam akibat cincin tersangkut di jari

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Anggota BBP Sik melakukan operasi memotong cincin yang tersangkut di jari manis tangan kanan seorang pelajar lelaki di yang datang ke BBP Sik selepas menahan sakit hampir lima jam. FOTO IHSAN BOMBA





Sik: Seorang pelajar sebuah institut kemahiran di sini, terpaksa meminta bantuan bomba, malam tadi, selepas cincin besi yang dipakai di jari manis pada tangan kirinya, tersangkut hampir lima jam.

Pelajar lelaki berusia 19 tahun itu tidak dapat menahan kesakitan selepas cincin itu tidak dapat dibuka menyebabkan jari manisnya sudah hampir membengkak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, penuntut lelaki itu hadir ke balai bersama kakitangan institut pengajian terbabit pada 11 malam.

Beliau berkata, penuntut itu dikatakan mahu menukar cincin yang dipakai dari jari kiri ke kanan, petang semalam, sebelum mendapati ia tidak boleh ditanggalkan dan tersangkut di jari manis tangan kanannya.

"Dia memaklumkan kejadian itu kepada warden asrama apabila terasa sakit dan ke terus ke BBP Sik untuk mendapatkan bantuan.

"Pihak bomba mengambil masa hampir lima minit untuk potong cincin berkenaan menggunakan peralatan khas memotong cincin dan tiada kecederaan serius berlaku padanya," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Disiarkan pada: Oktober 10, 2024 @ 9:08am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1142775/pelajar-lelaki-tahan-sakit-5-jam-akibat-cincin-tersangkut-di-jari




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.045703 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list