View: 25000|Reply: 0
|
[Tempatan]
Tatakelola semakin baik, perkembangan ekonomi positif, kata PMX Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
Tatakelola semakin baik, perkembangan ekonomi positif – Anwar
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... nomi-positif-anwar/
Oleh ZULKIFLI MANZOR
10 Oktober 2024, 10:19 am
Anwar di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Lao PDR malam tadi.
PETALING JAYA – Tatakelola yang semakin baik bersama penggubalan dasar yang jelas terkait sektor perindustrian, transformasi digital, tenaga dan semikonduktor di Malaysia mula membuahkan hasil.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berata, keadaan itu boleh dilihat kepada perkembangan ekonomi negara yang positif kebelakangan ini.
“Pastinya kita masih punya banyak ruang untuk memperbaiki prestasi ini.
“Saya percaya dengan semangat melaksanakan perubahan sedaya upaya dan keikhlasan berkhidmat dari hati nurani yang bersih, kita berupaya memenuhi potensi Malaysia menjadi antara negara hebat di dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar memaklumkan, beliau dan delegasi Malaysia meluangkan masa malam tadi berhimpun di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Lao PDR untuk beramah mesra bersama kakitangan kedutaan di Vientiane.
Menurutnya, beliau menggunakan ruang berkenaan untuk menzahirkan penghargaan atas komitmen dan khidmat cemerlang kedutaan yang memainkan peranan penting meyakinkan pelabur untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Ujar beliau, ketika ini semakin ramai rakyat menerima hakikat bahawa Malaysia memerlukan anjakan serta perubahan yang lebih rancak dan bermakna untuk terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara atau berisiko kembali kepada keadaan ekonomi yang muram dan lembap.
“Saya tegaskan bahawa penting untuk memanfaatkan kestabilan politik di Malaysia yang kita kecapi saat ini untuk memperbaiki tatakelola dan menjulang amalan pengurusan beramanah dan bertanggungjawab, dengan matlamat mengangkat martabat, darjat dan harkat negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|