CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37475|Reply: 15

[Tempatan] Bunuh Altantuya: Hukuman gantung Azilah diganti 40 tahun penjara. #2, 40 tahun penjara hukuman adil - Peguam keluarga Altantuya

[Copy link]
Post time 10-10-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 10-10-2024 07:29 AM

Bunuh Altantuya: Hukuman gantung Azilah diganti 40 tahun penjara

https://www.malaysiakini.com/news/722149

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Oct 10, 2024 12:58 PM
Dikemaskini: 1:47 PM





Mahkamah Persekutuan hari melepaskan pembunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu, bekas cif inspektor Azilah Hadri daripada hukuman gantung sampai mati.

Sebaliknya, hukuman mati bekas komando polis itu digantikan dengan hukuman  penjara 40 tahun dan 12 sebatan.

Altantuya, 28, dibunuh di kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor, pada Oktober 2006, iaitu kira-kira 18 tahun lalu. Mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera.



Azilah, 48, membuat permohonan itu susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lepas.

Keputusan sebulat suara panel hakim berhubung permohonan semakan hukuman mati itu dibacakan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

"Permohonan pemohon dibenarkan, hukuman gantung ditolak dan digantikan dengan pemenjaraan 40 tahun dan 12 sebatan," katanya yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim dan Nordin Hassan.

Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.


Shariibuu Setev

Terdahulu, panel terbabit turut dimaklumkan bahawa bapa mangsa, Dr Shariibuu Setev turut menyokong permohonan semakan Azilah untuk diberikan hukuman pemenjaraan atas dasar kemanusiaan.

Sokongan itu turut dipanjangkan kepada seorang lagi bekas anggota Unit Tindakan Khas, Koperal Sirul Azhar Umar.

Bagaimanapun difahamkan, Sirul tidak memfailkan sebarang permohonan semakan.

Azilah telah disabitkan pada 2009 bersama Sirul Azhar kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Okt 2006 hingga 1 pagi esoknya.



Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota polis itu.

Sementara itu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda telah dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat melakukan pembunuhan tersebut oleh mahkamah yang sama.

Azilah dan Sirul Azhar kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013. Bagaimanapun, pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan itu dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati terhadap mereka.

Sirul Azhar tidak hadir untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan itu kerana melarikan diri ke Australia pada 2006 di mana dia ditahan di bawah undang-undang Imigresen sebelum dibebaskan pada akhir tahun lepas.

Pada 2020, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Azilah untuk dibicarakan semula dan semakan sabitan terhadapnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2024 03:29 PM | Show all posts
40 tahun penjara hukuman adil - Peguam keluarga Altantuya

https://www.malaysiakini.com/news/722165

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Oct 10, 2024 3:21 PM
Dikemaskini: 3:21 PM



Hukuman empat puluh tahun penjara bagi pembunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah adil dan boleh diterima, kata peguam keluarga itu.

Sangeet Kaur Deo berkata, bapa mangsa Shaariibuu Setev adalah seorang yang sangat percaya akan kesucian nyawa manusia.

Peguam itu berkata bahawa bapanya menghantar surat itu kepadanya pada Ogos, dan dia kemudian berkongsi surat itu dengan peguam bekas komando polis Azilah Hadri, yang didapati bersalah atas pembunuhan wanita Mongolia itu pada 2016.

Mahkamah Persekutuan awal hari ini meringankan hukuman mati Azilah kepada 40 tahun penjara dan 12 sebatan rotan. Peguam bekas polis itu J Kuldeep Kumar bergantung pada surat itu untuk permohonan semakan hukuman.

“Anak guam saya (Shaariibuu) bertindak mengikut hati nuraninya.

“40 tahun adalah adil dan boleh diterima oleh keluarga itu berhubung kesalahan yang dia (Azilah) lakukan.

“Keluarga tidak bersetuju dengan hukuman mati,” kata Sangeet ketika ditemui media di Istana Kehakiman di Putrajaya petang ini.

Ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam Azilah Kuldeep berkata bekas polis itu 'lega' dengan keputusan berkenaan.

Dia menjelaskan bahawa prosiding hari ini menyaksikan kali pertama keluarga mangsa mengeluarkan surat sokongan sedemikian untuk permohonan semakan.

"Kami percaya ia berkemungkinan besar pada 2034, selepas pengampunan," Kuldeep menjawab ketika ditanya tarikh Azilah akan selesai menjalani hukuman penjaranya, yang dijadualkan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 1 Nov 2006.

Altantuya, 28, dibunuh di kawasan terpencil di Shah Alam, Selangor, pada Oktober 2006. Mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera.

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Azilah, 48, dan rakan komando polis Sirul Azhar Umar bersalah atas pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.

Sirul, bagaimanapun, telah terbang ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan terdahulu yang melepaskan dan membebaskan kedua-dua mereka serta mengembalikan sabitan dan hukuman mati mereka pada 2015.

Kerana tinggal melebihi visa pelancong, pihak berkuasa Australia menahan Sirul. Australia mempunyai dasar untuk tidak menghantar pulang individu yang menghadapi hukuman mati di negara asal mereka.

Pada November tahun lalu, lelaki berusia 52 tahun itu dibebaskan daripada tahanan imigresen dan difahamkan masih berada di Australia.

Timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar, yang membantah semakan itu, hadir untuk pendakwaan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
So Oz blh la let go sirul
Duk lm sgt kt sn blh ke apply pr

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat alta tuya kena letup tu iols dolu selalu.lalu situ gi pantai remis
Sunyi sangat
Skang meriah kereta2 banyak dah.lalu situ siap.ada.setarbak.lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya C4 tu org tertentu je yg boleh release kan ? Tak check ke org mana yg benarkan n suruh polis 2 org ni pi guna C4 tu ???
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 08:45 PM | Show all posts
wow berpuluh tahun kes tak selesai lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 10-10-2024 08:41 PM
Katanya C4 tu org tertentu je yg boleh release kan ? Tak check ke org mana yg benarkan n suruh polis ...

Ntahnya...smpai sekarang kita tak tau apa motif pembunuhan menggunakan bahan letupan gred tinggi...C4..? Semtex..? PE..?

Nk bawa keluar senjata dan bahan letupan dari stor senjata..bukan senang..mana rekod buku keluar masuk senjata..? Siapa guardroom bertugas yg benarkan pengeluaran tersebut..? incharge atau Duty Officer mana yg mengesahkan pengeluaran senjata tersebut..?

Takkan Azilah dan Sirul bangun je pagi..whatsapp sesama diaorg...

Sirul : salam azilah...apa program harini..?
Azilah : salam Sirul...jom kita letupkan warga asing Mongolia nak tak..?
Siruk : jom..jom...


Kami nak tau apa motif dan punca pembunuhan Altantuya tuu...????

Ke nk lindungi sapa2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemuk dh ha die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 10-10-2024 09:09 PM
Ntahnya...smpai sekarang kita tak tau apa motif pembunuhan menggunakan bahan letupan gred tinggi.. ...

Memang sah ke dr simpanan/stor pdrm...kot2 dr tempat lain...(tak ikut sgt perbicaraan kes ni).
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:19 AM | Show all posts
jiiibbb... ooo jiiibbbb
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:24 AM | Show all posts
izwan_izi replied at 10-10-2024 09:09 PM
Ntahnya...smpai sekarang kita tak tau apa motif pembunuhan menggunakan bahan letupan gred tinggi.. ...

jangan sempitkan motif kepada ikut arahan jer

banyak je kes polis paksa warga asing hisap konek dan ngeseks

kadang2 kantoi, kadang2 lepas

bukan nak kata azilah dan sirul rogol altantuya, tapi cuma nak suruh korang luaskan lagi akal tu

https://www.utusan.com.my/nasion ... elajar-warga-asing/

https://www.sinarharian.com.my/a ... dua-wanita-mongolia
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 10-10-2024 09:09 PM
Ntahnya...smpai sekarang kita tak tau apa motif pembunuhan menggunakan bahan letupan gred tinggi.. ...

Tahun Altantuya diletupkan WhatsApp belum wahdatul wujud lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
#teamFA
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:32 AM | Show all posts
Skuau replied at 11-10-2024 12:03 AM
Memang sah ke dr simpanan/stor pdrm...kot2 dr tempat lain...(tak ikut sgt perbicaraan kes ni).

sampai sekarang masih ramai yang ingat najib je yang boleh sign borang keluarkan C4 dari stor tentera kerana najib masa tu menteri pertahanan (padahal UTK ni under KDN)

bahan letupan yang digunakan adalah jens PETN dan RDX yang boleh didapati untuk letupkan kuari dan lombing

https://www.mstar.com.my/lokal/s ... M4S0ocxuWPf_h0GaJjw

Tun Majid berkata UTK tidak pernah menggunakan bahan letupan C4.

Bercakap kepada pemberita kemudian Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang membantu Tun Majid berkata bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan PETN dan RDX.


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 11-10-2024 12:26 AM
Tahun Altantuya diletupkan WhatsApp belum wahdatul wujud lagi.

Ok lahh...kalau mcmtu pakai YM...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:20 PM | Show all posts
Orix replied at 10-10-2024 08:41 PM
Katanya C4 tu org tertentu je yg boleh release kan ? Tak check ke org mana yg benarkan n suruh polis ...


tapi ada yg katanya bukan C4...itu hanya fitnah aje...
kalau C4 pun atau bahan2 lain , x ada kemungkinan ke...ianya diperolehi secara haram, secara seludup dll...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.516381 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list