CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10979|Reply: 4

[Tempatan] KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS

[Copy link]
Post time 14-10-2024 08:31 AM | Show all posts |Read mode
KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS

https://www.malaysiakini.com/news/722467

Diterbitkan:  Oct 13, 2024 8:59 PM
Dikemaskini: 8:59 PM



Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyiapkan laporan lengkap insiden seorang penumpang tren elektrik (ETS) yang sengaja menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak, untuk diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi tindakan lanjut.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin meminta semua pengguna tren KTMB tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.

“Pengguna tren yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 (Akta 715), iaitu boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan tindakan mana-mana individu menggunakan alat isyarat kecemasan secara tidak wajar dalam mana-mana koc atau tren kereta api yang disediakan untuk memberhentikan tren dalam keadaan kecemasan, adalah satu kesalahan di bawah akta tersebut.

Insiden itu yang berlaku pada 11.25 malam semalam dan dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV), menyebabkan tren mengalami kelewatan selama 120 minit.

Tren berkenaan dalam perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh, berlepas pada 9.40 malam dan dijadualkan tiba di Ipoh pada 12.16 tengah malam.

Bagaimanapun, susulan insiden itu tren hanya tiba di Ipoh pada 2 pagi.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 08:50 AM | Show all posts
ada kad OKU jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:23 AM | Show all posts
dh kenapa tarik brek kecemasan tu
ko anxiety ke halusinasi nmpk benda terbang folo tren ?????
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:51 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 14-10-2024 09:23 AM
dh kenapa tarik brek kecemasan tu
ko anxiety ke halusinasi nmpk benda terbang folo tren ?????

namapak gitu patutnya kena kasi tren lagi laju...
nanti tren tak bergerak benda tu datang cekik nanti haaa padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:10 AM | Show all posts
Oohh...sama kes mcm kat train Jepun. Tekan button emergency brake sebab nak amik gambar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039969 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list