CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9822|Reply: 0

[Sabah] Suami isteri ditahan SPRM kes tuntutan palsu di SESB

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Suami isteri yang disyaki terbabit dalam tuntutan palsu kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membabitkan pembekalan minyak diesel berjumlah lebih RM650,000, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Pasangan terbabit berusia lingkungan 50 hingga 60-an yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah, jam 10.55 pagi.

Menurut sumber, pasangan terbabit ini dipercayai telah membuat kira-kira 15 tuntutan palsu daripada SESB.

"Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek dipercayai membuat kira-kira 15 tuntutan palsi sekitar 2013.

"Tuntutan palsu itu membabitkan kontrak pembekalan minyak diesel bagi kegunaan set janakuasa elektrik yang dipercayai oleh syarikat tempat mereka bekerja.

"Pembekalan minyak berkenaan yang sebenar tidak sama seperti dalam tuntutan dibuat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada Khamis ini bagi proses pertuduhan.

"Oleh itu, ingatan mana-mana pihak supaya tidak terbabit dengan kegiatan pemalsuan dokumen berikutan ia satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/10/15/suami-isteri-ditahan-sprm-kes-tuntutan-palsu-di-sesb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038743 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list