CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10287|Reply: 0

[Sabah] Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:12 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sabah (OBS) (Pindaan) 2024 selepas 20 tahun apabila pindaan kali pertama dan terakhir pada tahun 2005.

Rang Undang Undang berkenaan diluluskan dengan suara majoriti selepas bacaan kali kedua oleh  Menteri Sumber Manusia Steven Sim dengan usul pindaan itu dibahaskan oleh 10 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.

Semasa sesi penggulungan, Sim berkata pindaan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan hak dan kebajikan pekerja di Semenanjung Malaysia dan 2.06 juta pekerja Sabah adalah setara serta selari dengan standard perburuhan antarabangsa.

Menurutnya OBS memberikan perlindungan asas kepada pekerja khususnya yang tidak berkesatuan dan kurang berkeupayaan untuk berunding dengan majikan bagi mendapatkan terma dan syarat pekerjaan lebih baik.

Antara perkara utama dalam pindaan itu melibatkan waktu bekerja yang dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu, peruntukan baharu tentang aturan kerja anjal, peruntukan aduan buruh paksa, penambahan bab baharu 11B tentang gangguan seksual serta yang berkaitan perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja.

Selain itu, tempoh cuti bersalin di Sabah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari, manakala cuti paterniti yang tidak diperuntukkan di bawah Ordinan itu sebelum ini, kini diberikan kepada golongan bapa sebanyak tujuh hari.

"Kementerian ingin merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Parlimen yang turut serta dalam perbahasan serta menyokong pindaan yang amat penting dan bersejarah ini," katanya pada sidang media selepas itu dan menambah rang undang-undang itu dijangka dibentang di Dewan Negara pada awal Disember ini.

OBS hanya dipinda sekali sahaja iaitu pada 2005 bagi menyelaraskan dengan peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) berbanding Akta 265 yang telah dipinda 12 kali termasuk pindaan terkini pada 2022.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.593480 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list