CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6369|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak meterai MoU dengan Plum Consulting, lebarkan pengaruh dalam telekomunikasi

[Copy link]
Post time 16-10-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode


Julaihi (tengah) menyaksikan pertukaran MoU antara Tiong dan wakil Plum Consulting Tim Miller.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), melebar dan memajukan pengaruhnya dalam telekomunikasi dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Plum Consulting London LLP.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurut SMA, majlis pertukaran MoU akan diadakan pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2024 hari ini yang akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Berikutan pindaan Kanun Tanah Sarawak (Bab 81), Kerajaan Sarawak kini memegang kuasa kawal selia ke atas spektrum di ruang udaranya.

Perkongsian ini memfokuskan mengenai kerjasama dalam bidang utama seperti pengurusan spektrum, penggubalan dasar, dan piawaian industri, serta meneroka rangka kerja untuk pengurusan spektrum yang cekap selaras dengan undang-undang persekutuan pada masa sama memastikan kedaulatan Sarawak dalam kemajuan telekomunikasi.

Julaihi berkata MoU antara SMA dan Plum Consulting menandakan satu langkah penting ke arah menangani pengurusan spektrum di Sarawak.

"Dengan undang-undang asas yang disediakan oleh Kanun Tanah Sarawak yang dipinda dan sokongan daripada Jawatankuasa Spektrum Sarawak (SSC), perkongsian ini akan membolehkan Sarawak meneroka penyelesaian untuk pengurusan spektrum secara berkesan, sejajar dengan kedua-dua kepentingan negeri dan peraturan persekutuan."

Julaihi menambah, kerajaan Sarawak telah menubuhkan SSC yang ditugaskan dengan hala tuju strategik keseluruhan selaras matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Jawatankuasa ini juga katanya, akan memberi tumpuan kepada perancangan jangka panjang dengan mempertimbangkan kemampanan dan pertumbuhan masa depanindustri telekomunikasi, terutamanya berkaitan dengan spektrum.

Sementara itu, Pengurus Besar SMA Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng berkata dengan kepakaran meluas Plum Consulting dalam kawal selia, spektrum radio, ekonomi, dan sektor teknologi, kerjasama ini akan menyokong transformasi digital Sarawak dengan menangani cabaran serta peluang kritikal dalam domain telekomunikasi.

"Pengalaman Plum dalam menyampaikan cerapan dan penyelesaian yang disesuaikan akan memperkasakan Sarawak untuk mengoptimumkan pengurusan spektrumnya, meningkatkan rangka kerja kawal selia serta memacu pertumbuhan ekonomi digitalnya."

"Perkongsian ini sejajar dengan visi Sarawak untuk menjadi untuk menjadi negeri yang terhubung, diperkasakan secara digital, menyokong usaha untuk membangun yang mantap infrastruktur telekomunikasi dan menggalakkan kemampanan ekonomi jangka panjang”.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041914 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list