CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10313|Reply: 0

[Sarawak] Isu kadar guna tenaga tidak penuh isu biasa di negara membangun, berpendapatan tinggi

[Copy link]
Post time 16-10-2024 02:41 PM | Show all posts |Read mode


Hanifah semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

KUCHING: Isu kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran adalah isu semasa yang tidak asing di negara membangun dan negara berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran semakin mencatatkan penurunan seiring dengan peningkatan tahap pendidikan di negara ini.

Beliau berkata Malaysia berjaya mengekalkan kadar pada tahap purata iaitu 37 peratus setakat suku kedua tahun 2024.

“Kadar ini kita lihat semakin menurun dengan tahap pendidikan di kalangan belia semakin meningkat.

“Sebagai contoh, kadar guna tenaga tidak penuh peringkat STPM adalah 55.8 peratus dan lebih rendah lagi pada peringkat ijazah rendah iaitu 26.9 peratus,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Isu itu tambah beliau, bukanlah satu fenomena unik kepada Malaysia kerana kadar peratusan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran di negara berpendapatan tinggi juga dalam lingkungan yang sama.

Hanifah berkata, Korea Selatan merekodkan kadar 38 peratus, Australia pada 32 peratus, United Kingdom (28 peratus) dan Amerika Syarikat (30 peratus).

“Oleh itu, kerajaan pada masa ini sedang berusaha untuk meningkatkan pelaburan bagi memastikan pengwujudan pekerjaan melalui inisiatif seperti Pelan Tindakan KL20, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030,” ujarnya.

Beliau berkata Pelan Tindakan KL20 dianggarkan akan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan menjelang 2030 kepada bakat tempatan manakala NETR mengunjurkan 310,000 penciptaan pekerjaan menjelang tahun 2050 merentasi enam pemacu peralihan tenaga.

Katanya di samping itu, NIMP2030 menyasarkan pengwujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 lagi penciptaan karier dalam bidang ekonomi digital.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.471459 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list