CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10957|Reply: 0

[Sarawak] RM63,680 lesap, lelaki tertipu pelaburan 'bitcoin' tidak wujud

[Copy link]
Post time 16-10-2024 02:58 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an kerugian sebanyak RM63,680 setelah terperdaya dengan penipuan pelaburan 'bitcoin' yang tidak wujud melalui iklan di Facebook.

Terdahulu, mangsa yang tidak bekerja tertarik dengan tawaran tersebut yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa hanya enam jam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'Calvin' telah berhubung dengan mangsa dan memberikan penerangan mengenai pelaburan 'bitcoin' tersebut.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan janji keuntungan yang cepat telah bersetuju untuk membuat pelaburan dan melakukan 12 transaksi berjumlah RM63,680 ke dalam lima akaun berbeza melalui mesin deposit tunai (CDM).

"Bagaimanapun selepas membut pembayaran, mangsa diarahkan untuk menambah bayaran bagi mendapatkan keuntungan yang dijanjikan.

"Suspek juga meminta mangsa menunggu selama tiga hari sebelum keuntungan itu dimasukkan ke dalam akaunnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, mangsa cuba menghubungi suspek untuk menuntut keuntungan pelaburannya selepas tempoh itu, tetapi suspek masih meminta bayaran tambahan.

"Sehingga laporan dibuat, mangsa masih belum menerima sebarang keuntungan," katanya.

Kes disiasat mengikut mngikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Zulkipli menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan yang tidak munasabah dalam tempoh singkat.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa yang sah seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum melibatkan diri dalam sebarang pelaburan.

Orang ramai yang memerlukan nasihat atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau membuat semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.816226 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list