CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16425|Reply: 0

[Sarawak] Pengambilan guru Sarawak meningkat dengan tambahan 2,180 calon

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:12 PM | Show all posts |Read mode


Azhar (empat  kanan) merakam gambar bersama tetamu kehormat yang lain. - Gambar UKAS

KUCHING: Pengambilan guru di Sarawak untuk tahun 2024 telah meningkat dengan tambahan 2,180 calon guru berbanding 1,140 kekosongan asal.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad berkata usaha Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima sambutan positif.

Menurutnya, ia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam menangani masalah kekurangan tenaga pendidik di negeri ini.

"Jumlah yang dipanggil temu duga saya difahamkan memang begitu ramai.

"Sepatutnya mencukupilah untuk keperluan bagi bulan November ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2023 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Padawan di sebuah hotel di sini malam Ahad.

Sementara itu, Azhar menambah, penganjuran Majlis APC merupakan satu manifestasi keprihatinan terhadap penjawat awam yang berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi.

"Saya berharap agar pengiktirafan seumpama ini akan menjadi pembakar semangat dan pencetus azam bukan sahaja kepada penerima anugerah tetapi juga kepada semua warga kerja PPD Padawan.

"Dengan pengiktirafan ini, diharapkan mereka akan terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.

Pada majlis itu, seramai 250 warga kerja PPD Padawan telah diberi pengiktirafan sebagai penerima APC bagi tahun 2023.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Abang Hut Abang Engkeh, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Padawan Dr Abang Adam Abang Deli, Pengurus CPRF Wilayah Sarawak/AOO Press Metal Cawangan Kuching Nina Melling, Focal Person PPD Padawan Moliadi Ahmad, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Zon B Kuching (Padawan) Abit Hong, Yang dipertua Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Padawan Edward Peter Bajat serta para guru dan kakitangan akademik yang diraikan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.156826 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list