CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16781|Reply: 0

[Borneo] Tidak perlu bimbang dengan cadangan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (tengah) pada sidang media di Kuching, hari ini. - Gambar Galileo Petingi

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) diminta tidak perlu berasa bimbang atau gusar dengan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini kerana RUU itu yang bakal diluluskan di Parlimen hanya melibatkan atau berkuat kuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Di Malaysia, undang-undang Islam adalah bidang kuasa negeri. Ini adalah Rang Undang-Undang Syariah Wilayah Persekutuan, yang belum lagi menjadi undang-undang.

“Sekiranya RUU ini dipersetujui oleh majoriti wakil, ahli-ahli Parlimen, ia hanya akan meliputi Wilayah-Wilayah Persekutuan…Mengapa NGO ini begitu teruja terhadap RUU ini, mengatakan ia akan mengislamkan Sarawak dan Sabah?

“Ia tidak akan diguna pakai di Sarawak dan Sabah, kenapa perlu mengulas atau memberi komen mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan (ICORE) 2024 di sini hari ini.

Abdul Karim yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan 14 NGO dari Sabah dan Sarawak menyuarakan bantahan mereka terhadap RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024.

NGO-NGO berkenaan menerusi satu kenyataan bersama baru-baru ini mendakwa RUU itu melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan merupakan serangan langsung terhadap sistem sekular.

Sebelum ini dakwaan itu turut disangkal oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan memberi jaminan bahawa rang undang-undang itu tidak akan menjadikan negara sebagai negara Islam.

Sambil berkata rang undang-undang itu cerminan kepada Enakmen Fatwa Sabah, yang telah berkuat kuasa sejak 20 tahun lalu tetapi ia tidak pernah mengganggu budaya dan gaya hidup rakyat di negeri itu.

Rang undang-undang itu dijadual bacaan untuk kedua dan ketiga di Parlimen semalam.

Pada Ahad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook, berkata fatwa yang diwartakan di bawah RUU itu adalah hanya mengikat orang Islam serta terhad di bawah bidang kuasa negeri.

Mohd Na’im berkata demikian bagi menjelaskan kekeliruan dan salah faham mengenai dakwaan penggubalan RUU itu akan menggugat kebebasan rakyat di negara ini.

"Perlu difahami bahawa sesuatu fatwa yang diwartakan di bawah RUU Mufti ini adalah mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan butiran 1 Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

"Sebelum fatwa itu boleh mengikat, ia perlu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Majlis Agama Islam terlebih dahulu. Dalam pada itu, fatwa juga tidak boleh bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041109 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list