Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat satu lagi kematian membabitkan pengamal perubatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang yang didakwa dibuli.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya melakukan siasatan dalaman sebaik sahaja menerima aduan berkaitan perkara tersebut.