View: 25286|Reply: 8
|
[Tempatan]
[VIDEO] Pengemis buat drama dilanggar sebab tak dapat duit
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-10-2024 06:38 AM
[VIDEO] Pengemis buat drama dilanggar sebab tak dapat duit
- Oleh NUR HIDAYAH MOHD. BOZID
- 11 Oktober 2024, 10:36 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pengemis pura-pura dilanggar kereta
PETALING JAYA – Terdapat segelintir pengemis yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berpura-pura dilanggar kenderaan sekiranya tidak memperoleh wang daripada orang ramai.
Menerusi video rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan yang dimuat naik di platform X, lelaki yang tidak berbaju itu dilihat berdiri di depan sebuah kereta dipercayai di ibu negara untuk mengemis sambil memegang perutnya.
“Lelaki ini datang dan minta wang. Malangnya, saya tidak mempunyai wang tunai.
Dia berdiri di depan kereta saya sehingga lampu bertukar hijau.
Saya (menyembunyikan) hon.
Dia tiba-tiba jatuh dan pura-pura saya terlanggar dia,” katanya.
Hantaran itu meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mana rata-rata mereka mengecam tindakan peminta sedekah tersebut.
“Bahaya juga untuk penunggang motosikal. Yang dalam kereta, boleh kunci pintu,” kata Naniko.
“Selalu tengok dalam filem, ni kita jumpa di Malaysia,” kata seorang lagi pengguna.– KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jauh dari halfrica sampai Malaysia untuk jadi peminta sedekah |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak berwajib x pernah nmpk kah bertapa ramainya org luar jadi pengemis kat negara kita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi kat lotus parking pun ado. Dahla aku dengan anak2 kecik sibuk masuk brg ke bonet. Datang plak Bangla ke Pakistan datang sambil pegang2 perut suap mulut lapar katanya. Baju seluar kasut smart jalan MCM xbermya terhencut2 xtau drama ke apa. Sama kes la aku pun xde cash. Ehh zaman sekarang peminta sedekah bakal terusan miskin lah sebab skng orang tak pegang cash dah..song QR je atau transfer atau debit. Huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Manjahati replied at 17-10-2024 10:51 PM
Pihak berwajib x pernah nmpk kah bertapa ramainya org luar jadi pengemis kat negara kita ni
selagi undi msh berpihak kpd 'kami'......semuanya baik2 belaka@Msia msh aman. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 17-10-2024 10:57 PM
Tadi kat lotus parking pun ado. Dahla aku dengan anak2 kecik sibuk masuk brg ke bonet. Datang plak B ...
i takkan bagi pengemis esp lelaki walopon i ada cash |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah hidup mengemis duit org. Kerja taknak. Datang malaysia semata2 nak jadi pengemis. Apo dah |
|
|
|
|
|
|
|
Kat area mana tu? Nak avoid tmpt tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|