View: 16364|Reply: 17
|
Batik Corak Venom Diiktiraf Oleh Sony Pictures Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"
[Copy link]
|
|
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Arif berjaya menggabungkan watak ikonik dari filem Venom dengan elemen batik tradisional, mencipta rekaan yang memukau.
Lakaran Venom ini bukan sekadar menyerlahkan seni kontemporari tetapi juga memperkenalkan batik kepada generasi muda melalui sentuhan budaya popular.
Malah, usaha Arif diiktiraf oleh Sony Pictures, sekali gus menamakan lakaran batik ini sebagai Venom Batik Malaysia sempena tayangan filem Venom The Last Dance pada 24 Oktober nanti.
"Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi batik yang menakjubkan ini.
"Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna," tulis Sony Pictures di Facebook rasmi mereka.
Arif menggunakan teknik lakaran tangan dan digital untuk menghasilkan corak yang menggabungkan elemen flora dan fauna batik dengan elemen watak Venom yang terkenal.
Selain itu, inisiatif ini juga mencerminkan keupayaan batik untuk berkembang dalam dunia seni moden dan kontemporari. Terbukti ia dibanjiri dengan komen-komen positif netizen.
"So proud of Batik Malaysia, put in a creative twist.
"Nusantara vibes!
"Batik art is in the right hand," demikian tulis beberapa warganet.
Dengan inovasi seperti ini, batik tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang hanya dipakai untuk majlis tradisional, tetapi juga sebagai medium seni yang serba boleh, sesuai dengan pelbagai tema dan latar belakang.
Karya Arif ini menguatkan lagi kedudukan Malaysia dalam dunia seni dan fesyen global, sekali gus menunjukkan bahawa warisan tempatan seperti batik boleh disesuaikan dengan budaya pop antarabangsa tanpa mengorbankan nilai estetik dan tradisi yang penting.
Sumber : Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Arif Rafhan Othman asalnya surabaya. done claimed |
|
|
|
|
|
|
|
Merempan jiran sebelah kang... Hentak2 kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm nnt konoha claim batik dr indon..dasar muka tembok |
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat sembahyang ke? sekadar bertanya tanpa provokasi kepada mana-mana pihak... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya Sony Picture Malaysia yang iktiraf batik venom ni, so belum sampai tahap mendonia lagi.
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Reporter kena banyak buat research lagi. Gabungan tradisional/moden ni bukan benda baru, dulu ada yang buat wayang kulit Star Wars.
|
|
|
|
|
|
|
|
jejai replied at 18-10-2024 08:26 AM
Arif Rafhan Othman asalnya surabaya. done claimed
Dah claim pun ????
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Queenmastani replied at 18-10-2024 09:31 AM
Confirm nnt konoha claim batik dr indon..dasar muka tembok
Ya udah dong ????
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah yg seberang tu nak claim.
Semua yg ada didunia ni memangnya milik negara mereka |
|
|
|
|
|
|
|
meroyan warga konoha ngkooo |
|
|
|
|
|
|
|
Udah ku kabo...brangsettttt betol
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka anak- anak pelukis ni semua nya talented dari kecik.. |
|
|
|
|
|
|
|
BeskotCekelat: Rasanya Sony Picture Malaysia ...
Dia juga yg buat kalau tak silap. Dan yg tema Palestin sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara tetangga pasti iri |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aica187 at 21-10-2024 12:49 AM
Venom berasal dari indon |
|
|
|
|
|
|
| |
|