CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28598|Reply: 0

[Sabah] OGL lumpuhkan jenayah rentas sempadan

[Copy link]
Post time 18-10-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: OGL kali ini dilaksanakan di Kg. Sibogo Pondoh, Pulau Bankawan, Kudat.

KUDAT: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) melancarkan Operasi Gasak Laut (OGL) Khas secara besar-besaran untuk melumpuhkan mobiliti kegiatan jenayah rentas sempadan (JRS) selain membasmi lokasi 'staging point elemen' JRS.

Lokasi OGL kali ini dijalankan di perairan daerah ini di Kampung Sibogo Pondoh, Pulau Bankawan, pada 16 Oktober lalu.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, seramai 228 individu dan 200 rumah termasuk premis diperiksa secara bersepadu oleh pihak berkuasa di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

"OGL khas ini dilaksanakan bagi membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mengekang elemen JRS.

"Ia membabitkan penyeludupan kontraban dan barang kawalan serta kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan masyarakat di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE)," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, pihaknya amat memandang serius akan aduan awam berhubung kesalahan-kesalahan di atas.

"Oleh itu, OGL khas ini telah menyasarkan pemeriksaan secara besar-besaran untuk melumpuhkan mobiliti kegiatan JRS selain membasmi lokasi staging point elemen JRS.

"Di samping itu, kehadiran pasukan keselamatan secara terkoordinasi juga akan mewujudkan elemen pencegahan, menjamin keselamatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti dalam kawasan perairan dan pesisir pantai daerah ini," katanya.

Sehubungan itu, ESSCOM komited dalam membanteras aktiviti jenayah JRS terutama di ESSZONE bagi menyokong pembangunan negara dan pengukuhan sosioekonomi masyarakat berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat agenda Malaysia Madani dicapai.

"ESSCOM akan terus memperhebatkan operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESSZONE bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah.

"Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESSZONE ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian  011-63311072," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055664 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list