View: 57680|Reply: 5
|
Belanjawan 2025: Mahasiswa naik bas percuma tahun hadapan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) bakal menikmati tambang bas percuma tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambang percuma itu melibatkan semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara.
“Tambang bas percuma itu melibatkan mereka yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY,” katanya.
Anwar berkata, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen bagi laluan sehala.
“Sebagai permulaan, stesen yang terlibat ialah di Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai dan LRT Melati,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Harap perkhidmatan BAS.MY meliputi semua kawasan ceruk2 rantau juga. Ada gak university semua2 tu dkt kawasan hulu banat nun |
|
|
|
|
|
|
|
semua mahasiswa termasuk bukan warganegara ke |
|
|
|
|
|
|
|
bas my ni skop operasi sekitar mana? seluruh negara kah? .. sebut seluruh negara seolah-olah ianya beroperasi diseluruh negara...
aku muskil sedikitlah... bukankah pendekatan kerajaan sekarang ni subsidi bersasar, sampai sabsidi skibidi spt minyak masak telur petrol dikurangkan atau ditarik balik, katanya tak mau ketirisan sbb orang kaya dan orang asing pun dapat... dan untuk jangka masa panjang ini mungkin menyusahkan peruntukan, nak salahkan siapa nanti..
aku seolah nampak ianya tindakan populist.. bagi pelajar miskin sahajalah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau public transport malaysia ni bagus, cekap, cover semua kawasan, boleh lah kagum... ni duduk lembah klang pun, antara bandar ke bandar pun kena tukar 6-7 kali public transport baru sampai, apooo.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|