|
Meh meols tolong jawabkan persoalan chuols yach:
1. Kat mana-mana hotel pun, kalau chuols nak check-in awal pukul berapa sekalipun, kalau ada kekosongan, chuols boleh je check-in awal. Langsung tak jadi masalah pun. Lepas tu, kalau setakat awal sejam dua je, hotel boleh je bagi masuk awal secara percuma, kalau masuk awal 10 jam gitu, ofcoz la akan ada caj tambahan. Benda ni common sense ye. Lepas tu, ikutla polisi hotel tu, setiap hotel tak sama polisinya. Polisi kilang Panasonic tak sama dengan polisi kilang Tesla.
2. Malaysia je banyak alasan dan pemalas? Are you sure?
3. Bilik customer bayar, bukan free? Ye, tapi takda la sampai chuols boleh demand itu ini as if duduk kat Burj Khalifa tu. Setimpal dengan harga yang dibayarlah. Sebelum book hotel, rajinkan diri dulu baca apa yang hotel tu tawarkan. Kalau berkenan, tempah saja sebagai tanda setuju. Kalau tak suka, cari saja hotel lain yang menepati citarasa. Kan mudah tu.
4. Isu tak cukup staf nak kemas bukan masalah customer? Ya, memang betul. Sebab tu la jangan memandai nak arahkan orang itu ini sebab chuols tu bukannya staf di situ memandai nak bagi arahan. Customer masih lagi ada satu garisan yang perlu dipatuhi. Orang kata, masuk ke rumah orang, ikutlah peraturan kat rumah tu. Kalau tak suka, chuols boleh saja request cancel booking tu, so tu masalah hotel juga, kah? Pilihan di tangan customer. Benda boleh refund.
Tak semua apa yang kita bayar tu, kita akan dapat macam apa yang kita nak. Jangan terlalu ikutkan emosi sampai terlupa nak gunakan akal yang Tuhan dah bagi. Jangan suka merungut sangat nanti hidup tak berkat.
|
|