CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3958|Reply: 0

[Sabah] Sokong usaha lestarikan warisan negeri

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode


TANDA TANGAN: Joachim (kiri), Christina dan Arif (tiga kiri) menyaksikan Juhar menandatangani plak sebagai simbolik pembukaan Pameran Khas 'Dirgahayu Tuan Yang Terutama' dan 'Budaya Megalitik' untuk kunjungan umum di Muzium Tamadun Islam.

KOTA KINABALU: Masyarakat disaran untuk menyokong usaha melestarikan warisan budaya negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, langkah ini penting bagi menyokong usaha pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan dalam memelihara warisan budaya dan mengetengahkannya sebagai produk pelancongan.

Menurut Christina di kementeriannya, Jabatan Muzium Sabah mempunyai tanggungjawab utama dalam pemuliharaan warisan negeri serta menjadikan ia sebagai produk-produk muzium untuk tatapan umum dan tarikan pelancong.

"Pameran Dirgahayu Tuan Yang Terutama adalah sebahagian daripada acara tahunan jabatan ini yang mana ia turut dimasukkan ke dalam kalender tahunan pelancongan Sabah.

"Program ini diadakan bertujuan untuk memaparkan fungsi dan peranan Tuan Yang Terutama sebagai simbol perpaduan rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Khas 'Dirgahayu Tuan Yang Terutama' dan 'Budaya Megalitik' di Muzium Tamadun Islam di sini, semalam.

Pada majlis itu, Christina turut memperkenalkan usaha Jabatan Muzium Sabah pada pemeran khas 'Budaya Megalitik' hasil kerjasama Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, pameran khas itu mengolah data kajian batuan dari daerah Sipitang (Long Pasia), Tambunan dan Penampang yang bertujuan untuk menonjolkan nilai sejarah dan budaya megalitik yang terdapat di negeri ini.

"Antara fungsi batu megalitik ini adalah sebagai batuan perdamaian, batu sumpah, batu simbol kepahlawanan dan lain-lain.

"Pemeliharaan batu megalitik yang kini berdepan dengan cabaran pembangunan adalah amat penting kerana warisan batu megalitik yang unik ini berpotensi dibagunkan sebagai salah satu produk pelancongan dan sekaligus dapat memperkasa sosio ekonomi setempat.

"Usaha ini selaras dengan objektif Jabatan Muzium sebagai platform untuk mempromosi dan memelihara warisan budaya negeri Sabah," katanya.

Harapan beliau, dengan adanya program Pameran Khas 'Dirgahayu Tuan Yang Terutama' dan 'Budaya Megalitik' tersebut ia dapat menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke bangunan Muzium Tamadun Islam sekaligus menghayati pelbagai intipati berkenaan dengan Tuan Yang Terutama yang merupakan lambang perpaduan masyarakat serta meneroka keunikan budaya warisan Sabah terutama keunikan batuan megalitik.

Pada majlis itu Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkenan merasmikan pembukaan  Pameran Khas 'Dirgahayu Tuan Yang Terutama' dan 'Budaya Megalitik' serta  melancarkan Buku Megalitik Long Pasia.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah tahun 2024 Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam dan isteri Datin Seri Panglima Linda Ewit.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa, Pengerusi IDS Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun serta Pengarah Jabatan Muzium Sabah Arif Abdul Hamid.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.629861 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list