CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10450|Reply: 0

[Sarawak] 1,341 premis perniagaan dilawat, dipantau bagi Akta Kawalan Produk Merokok

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode


Pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Bahagian Miri melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Secara Pendidikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] di premis perniagaan pelbagai kategori sekitar Miri semalam.

MIRI: Sebanyak 1,341 premis perniagaan telah dilawat secara bersemuka, dipantau dan diberikan pencerahan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri berkaitan akta baharu, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], setakat 19 Oktober.

Pejabat Kesihatan Bahagian Miri memberitahu, lawatan itu merupakan Operasi Penguatkuasaan Secara Pendidikan yang dilaksanakan di sekitar bandar raya Miri bermula 1 Oktober lalu hingga kini.

"Kekuatan anggota setiap hari seramai 20 pegawai penguat kuasa dari Pejabat Kesihatan Bahagian Miri terlibat dalam operasi ini.

"Premis-premis dilawat sepanjang operasi ini ialah kedai khas ‘vape dan rokok’, bistro dan pub, restoran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai dobi dan sebagainya.

"Sebanyak 5,364 tindakan penguatkuasaan secara pendidikan di bawah Akta 852 dilaksanakan terhadap pemilik-pemilik premis terbabit," kata kenyataan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Bahagian itu.

Beberapa sesi libat urus dilaksanakan Sektor Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri bersama British American Tobacco (BAT) Cawangan Miri, Majlis Bandaraya Miri (MBM), Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) serta wakil wartawan pelbagai akhbar.

Sesi libat urus tersebut mengambil peluang memberi taklimat khusus tentang Akta 852 dan tindakan spesifik perlu dilakukan oleh pemilik premis.

"Antaranya seperti menggantikan papan tanda amaran larangan merokok yang lama kepada papan tanda baharu mengikut spesifikasi dan ukuran disyaratkan serta mempunyai maklumat laman sesawang dan kod QR berkaitan perkhidmatan berhenti merokok dan rokok elektronik (vape)," jelas kenyataan itu.

Pejabat Kesihatan Bahagian Miri turut mengingatkan masyarakat awam dari semasa ke semasa terutama golongan perokok dan ‘vaping’ supaya sentiasa menghormati golongan tidak merokok, wanita mengandung dan kanak-kanak dengan tidak mengamalkan budaya merokok dan ‘vaping’ di tempat diwartakan sebagai kawasan larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi individu-individu merokok dan ‘vaping’ ingin mendapatkan bantuan berhenti, mereka digesa hadir ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok dan ‘vaping’, rawatan serta bantuan kaunseling.

Mereka boleh terus menghubungi nombor telefon Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri di talian 085-442629 pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang atau mengemukakan pertanyaan melalui e-mel rasmi Sektor Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri iaitu [email protected].

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] telah dikuat kuasa pada 1 Oktober 2024 seterusnya membatalkan peraturan sebelumnya iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Penguatkuasaan akta ini melibatkan beberapa aspek dikuatkuasakan secara serta-merta dan secara berfasa melalui penguatkuasaan pendidikan berperingkat oleh Pegawai Diberi Kuasa daripada Sektor Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian selama enam bulan.

Aspek-aspek dikuatkuasakan serta-merta adalah peruntukan melibatkan larangan penjualan produk merokok berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak dan remaja bagi mengekang kebolehdapatan produk tersebut dan peruntukan melibatkan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.205730 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list