CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14046|Reply: 0

[Sarawak] Ahli perniagaan bermurah hati wakafkan rumah sebagai sekolah

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode


Pengiran Daud (dua kiri) menandatangani plak penyerahan bangunan untuk wakaf pendidikan kepada SR Integrasi Al-Amin Bintulu bersama (dari kiri) Salleh, Samri dan Ahmad di Bintulu malam tadi.

BINTULU: Anak-anak peringkat awal usia mendapat pendidikan lebih selesa susulan kemurahan hati ahli perniagaan dan tokoh korporat, Datuk Pengiran Daud Pengiran Putera mewakafkan hartanah dengan rumah diubah suai bernilai RM2 juta kepada Sekolah Rendah (SR) Integrasi Al-Amin Bintulu.

Pengiran Daud yang merupakan penasihat sekolah tersebut berkata, hartanah dan rumah untuk pusat pendidikan tersebut diuruskan oleh SR Integrasi Al-Amin Bintulu sendiri.

Menurutnya, penubuhan sekolah agama sebenarnya bermula dengan pembinaan sebuah rumah agak usang di Bintulu pada 1987 seterusnya menjadi madrasah al-Quran dengan usaha dilakukan mengumpul derma serendah RM5 untuk projek sekolah tersebut.

"Kita menyedia makan minum dan sebagainya di sekolah itu, namun kita bersyukur ramai ustaz berjaya dilahirkan dari Bintulu melalui madrasah al-Quran tersebut," katanya.


PENGIRAN DAUD

Pengiran Daud berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha tidak kenal penat lelah daripada mereka yang berbudi serta disanjungi budinya terutama Allahyarham Ali Fathullah Harun (Mudir Madrasah Al-Quran) semoga rohnya berada di taman-taman syurga.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan perasmian Majlis Malam Sanjungan Budi Al-Amin dan Penyerahan Wakaf Pendidikan untuk SR Integrasi Al-Amin Bintulu di Kemena Land District, Jalan Sultan Iskandar berhampiran Kampung Assyakirin di sini malam tadi.

Untuk SR Integrasi Al-Amin, Pengiran Daud berkata beliau melihat penubuhan sekolah itu sebagai jati diri menyediakan pendidikan agama perlu dibantu serta disokong dengan harapan agar ganjaran pahalanya terus mengalir untuk semua.


SALLEH

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengelola SR Integrasi Al-Amin Bintulu Salleh Morshidi berkata pihaknya amat berterima kasih kepada Pengiran Daud yang mewakafkan bangunan tersebut untuk dijadikan pusat pendidikan SR Integrasi Al-Amin, syukur kepada Allah SWT.

"Operasi sekolah ini sebelumnya hanya bermula di sebuah bangunan di Kampung Baru di sini dengan mempunyai seramai 10 murid seterusnya berpindah dan menyewa bangunan milik Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) selama tujuh tahun.

"Sepanjang tujuh tahun pelbagai cabaran dilalui namun usaha kita tidak terhenti mendapatkan tempat selesa untuk pendidikan anak-anak dan alhamdulilah dengan usaha itu Pengiran Daud mewakafkan sebuah bangunan dan memberi kebenaran bagi menempatkan SR Integrasi Al-Amin ini.

"Kita sangat bersyukur serta mendoakan agar Allah SWT memberi keberkahan kepada beliau dan kaum keluarganya atas bantuan dengan ganjaran pahalanya tidak putus selagi bangunan ini digunakan untuk pendidikan," jelasnya.

Menurutnya, SR Integrasi Al-Amin satu-satunya sekolah agama di Bintulu dan antara sekolah agama yang paling banyak memberi keberkahan serta impak kebaikan kepada penduduk sekitar.

Pada masa sama, Guru Besar SR Integrasi Al-Amin Bintulu Ahmad Ali Fathullah berkata beliau baru tujuh bulan menerajui sekolah ini yang telah beroperasi selama tujuh tahun.

Katanya, apa yang dikecapi sekarang adalah usaha-usaha guru besar sebelumnya dan beliau hanya melengkapkan sahaja.

"Menurut guru besar pertama sekolah ini, ketika awal penubuhannya mereka berjumpa dengan Almarhum ayahanda Ali Fathullah menyatakan hasrat dan nasihat membina dan menubuhkan sekolah Islam.

"Nasihatnya ketika itu, sekiranya hendak membina sebuah sekolah jangan hadkan pendidikan kepada murid-murid tetapi luaskan pendidikan kepada ibu bapa dan masyarakat sekitarnya supaya dapat mencorak dan mendidik semua," jelasnya.

Justeru katanya, apa yang dinasihati arwah ayahanda Insya-Allah beliau usahakan bersama barisan guru-guru dan ibu bapa agar apa yang dihajatkan menjadi kenyataan serta mudah-mudahan ayahanda mendapat bahagian pahalanya.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili, tokoh korporat dan ahli perniagaan Datuk Abdul Kadier Sahib, Pemanca Pengiran Merais Pengiran Ismail dan Pengerusi Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Bintulu Abang Arshad Abang Anuar.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.086545 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list